Korea TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] KAFE JO KWON 2 AM – MIDNIGHT IN SEOUL

Masa kami nak pergi Kafe Jokwon tu ada 1 plan lagi hari yang sama jugak ada fansign GOT 7 dekat-dekat kawasan situ jugak. Tapi kami pergi petang ke kafe Jokwon dan plan ke fansign GOT 7 sebab fansign tu waktu malam. Kafe Jokwon betul-betul belakang sekolah tapi agak sukar nak nampak nama kedai dia letak tersorok sebab kami lalu arah tepi memang tak nampak nama kedai.

 

Kami pergi sana dan sampai dalam pukul 4 petang lebih macam tu sampai tapi masa tu Jokwon tak sampai lagi jadi kami terus masuk kafe cereal dia dan duduk makan sambil tunggu. Dia ada dua kedai bersebelahan jer. Pertama kami pergi yang cereal.

 

 

Kebiasaan Jokwon akan pergi kafe cereal dia berbanding yang sebelah lagi kafe. Masa masuk korang kena beri salam dulu. Eh eh tak gurau je. Korang kena buat pesanan dulu.

 

 

Serius kafe dia cantik penuh dengan kaler pink-pink gitu. Syarat bila korang buat pesanan kat kafe cereal ni korang boleh bawak pergi makan kat kafe sebelahnya tapi kalau korang beli air dan makanan kat kafe sebelah korang tak boleh bawak makanan ke kafe cereal ni. Jadi lagi bagus korang buat pesanan kat kafe cereal ni sebab boleh pergi kedua-dua kafe makan.

 

Masa ni Jokwon tak ada jadi oppa depan tu yang akan layan korang punya karenah buat pesanan hehehe. Oppa ni boleh cakap english jadi jangan risau. Sambil-sambil tu boleh cuci mata kan eh. Masa ni dia tengah layan pelanggan dia buat pesanan yang dah siap decorate. Eh belum cerita lagi ek menu macam mane? Tengok kat bawah ni:

 

 

Korang boleh pilih sama ada dah cereal siap atau korang boleh decorate sendiri punya cereal. Macam pelanggan sebelum kami tu buat pesanan yang dah siap decorate. Jadi oppa tu yang buat sendiri semua. Kami ni gatal ambik decorate sendiri walaupun tak berapa nak kreatif main bantai je campur-campur pesanan hahaha. Kalau nak pilih sendiri dorang ada sediakan borang kat tepi kaunter tu siap pensel lagi. Menu nak pilih ada atas meja tu.

 

Lepas dah tick dan pilih mana yang korang nak baru bagi borang tu kat oppa tu. Oppa akan kira berapa kena bayar. Kalau rasa nak cuci mata lama-lama tengok oppa ni Wawa saran ambik yang dah siap decorate sebab dia yang buatkan hehehe lama lah korang nak tatap muka dia eh. Macam kami ambik decorate sendiri dia sup sap ambik-ambik itu ini dah bagi kami yang buat sendiri. Kata nak buat sendiri kan hahaha.

 

 

Tempat duduk kat bahagian dalam pun kecik ja. Adalah 3 meja yang disediakan dan kerusi jenis memanjang dan bersambung.

 

 

Nampak tak yang Wawa decorate cereal sendiri? Tak menarik kan hahah. Wawa ni bukan otak kreatif nak decorate makanan cuma tau suap masuk mulut, kunyah-kunyah dan telan. Tapi kan. Jangan ambik gummie bear sebab agak keras nak makan. Kalau nak cabar gigi tu kuat atau tak… boleh lah mencuba pesan gummie bear tu hahaha. Yang gambar ada susu coklat tu bukan kami yang punya tapi gatal jugak nak snap gambar orang korean tu punya yang dah decorate siap-siap oleh oppa tu. Tapi kami mintak izin tau hehehe.

 

Kami tunggu Jokwon tak sampai-sampai lagi makanan kami pun dah habis makan tak kan nak beli lagi. Harga pun boleh tahan. Jadi kami pun pergi lah fansign GOT 7. Tengah tunggu kat sana tetiba dapat tau Jokwon dah ada kat kafe dalam dekat pukul 6 petang lebih jugak. Kami pecut pergi kafe Jokwon sana tinggalkan GOT 7 hahaha walaupun masa tu memang dah dekat sangat masa GOT 7 nak masuk untuk fansign.

 

Sampai je tetiba jadi segan bila dah nampak Jokwon kat kafe sebelah. Jadi kami nak masuk, kami pun beli lah air satu sementara bagi masa Jokwon macam busy bincang apa tak tau. Dia pergi kafe cereal dia pulak tapi kami lepak kejap kat kafe dia yang sebelah ni kejap sementara tunggu air siap. Bawah ni gambar-gambar kafe sebelahnya:

 

 

Maaf lupa nak ambik gambar menu. Maklum lah dah nampak Jokwon depan mata mana nak ingat sudah hahaha. Korang pun macam tu jugak nanti hehehe. Dah siap air dan kawan beli merchandise dia satu kami terus pergi kafe cereal dan tengok dia tak busy jadi Wawa pun mintak nak bergambar dengan dia. Dia okay sangat!

 

 

Kami snap sampai 3 kali hahah mana tau kan ada yang x okay gambar kang menyesal pulak. Jokwon pun layan je kami ambik gambar sampai 3 kali, dia pun okay je dengan senyuman xlekang. Dah nak bla siap bye bye lagi dengan Jokwon, dia pun layan cakap bye bye kat kami. Maaf lah ye Jokwon kami ni berapa kali langgar pintu depan tu silap-silap rosak pintu kafe dia atas gelabah kami ni. Hahaha.

 

*Tips: Nak jumpa Jokwon? Korang kena rajin tengok instastory dia. Dia rajin update dan yang pasti dia akan lama kat kafe dan waktu petang sampai malam dia ada kalau dia tak ada musikal. Thanks to Aten!

 

Nak pergi sini? Ada 2 pilihan:

Pilihan 1:

 

1) Turun kat Apgujeong Station exit 4

2) Naik bas 3011 berdepan dengan Hyundai apt

3) Turun perhentian yang ke-2 (Standard Chartered Bank, Horim Art Center)

4) Jalan kaki sikit dalam 4 minit macam tu

 

 

Pilihan 2: Kami pilih yang ni.

 

1) Turun Apgujeong Station exit 4

2) Naik bas 240 atau bas 4211. Kami masa tu ambik bas 240 warna biru.

3) Turun perhentian ke-2 (Gangnam Eulji Hospital)

4) Jalan kaki dalam 6 minit macam tu.

 

* Jalan tak ada lah buat konfius jadi kalau rasa pening guna google map cari ‘Midnight in Seoul’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *