TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] MYCT – PRODUCE 101 POP UP STORE

Minat tengok Produce 101 season 2? Disebabkan kami ini dah tak tahu nak ke mana sebelum esoknya balik Malaysia tetiba ada pula orang rekomen suruh pergi sini.

MYCT – kedai yang jual barang-barang official realiti show Produce 101 season 2

Dengar khabar kedai ini tak lama dekat sini. Selepas dorang habis promosi Produce 101 ini dorang akan tutup kedai. Kemungkinan dalam bulan Julai ini. Selagi sempat korang patut pergi sini! Macam mana?

Nak ke store MYCT:

1) Turun DIGITAL MEDIA CITY exit 9 dan jalan terus dalam 500 meter.

2) Korang akan nampak bangunan SBS PRISM TOWER disebelah kiri. MYCT store di CJ E&M yang satu deret dengan SBS PRISM TOWER (tempat live show THE SHOW). 

3) Kedai MYCT ini bertentang dengan jalan raya.

Nak tengok ada apa di dalam kedai ini?

Maaf Wawa dah lupa harga lightstick dan Iphone case. Masa ini kami pergi dorang tengah buat promosi sehingga 50% diskaun. Separuh harga tu hanya untuk baju t-shirt Produce 101. Designnya hanya simple. Ada yang 30% diskaun t-shirt.

Dekat sini juga korang boleh buat t-shirt design sendiri atau letak nama korang. Guna logo-logo dan huruf-huruf yang comel tu.

Video ada ambil sikit

Wawa beli t-shirt warna merah tu hehe. Itu saja yang mampu beli. Harga 19,000 won. Tak ada diskaun untuk baju ini. Minat baju warna kuning corak sangat cantik tapi stok tinggal yang display dah kotor. Nak ambil warna biru belakang baju merah tu pula tak ada size S. Nak ambil 50% diskaun punya baju t-shirt tapi tak ada logo Produce 101.

Tu yang akhirnya beli yang warna merah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *