TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] JEMULPO CLUB + JAYU PARK – LOKASI PENGGAMBARAN DRAMA GOBLIN

Korang masih ingat lagi tak tangga ini? Tak ingat? Meh Wawa kasi ingat kat bawah ini.

Salah satu lokasi penggambaran Goblin dimana pertemuan Goblin (Gong Yoo) dengan Grim Reaper (Lee Dong Wook) yang selalu dikaitkan scene ‘bromance’ dorang yang mencuit hati korang. Selalu Wawa dok menunggu je part dua orang ini bertembung. Dorang ini pantang berdepan je bergaduh. Hahaha. Pecah perut gelakkan dorang berdua ini.

Lokasi ini terletak di Jemulpo Club atau di kenali sebagai 제물포 구락부 dalam bahasa korea.

Cara pergi ke sini:

*WARNING* *AMARAN*

Untuk pergi ke sini Wawa sarankan orang yang berjiwa kental untuk mengharungi bukit-bukit dan tangga yang curam membuatkan kaki korang kebas. Sila pakai kasut yang sesuai seperti kasut sukan. Kalau korang pakai selipar atau sandal awal-awal kaki akan sakit nanti cepat give up. Tak! Tak! Tak sesuai untuk orang yang tak biasa berjalan jauh. Kalau bawa beg sila jangan bawa barang yang berat nanti cepat semput panjat bukit. Okay sambung balik:

1. Turun di stesen ‘Incheon Station’ keluar ke EXIT 1 secara automatik korang akan nampak pintu gerbang besar ke CHINA TOWN.

2. Wawa sarankan ambil gambar peta depan pintu gerbang dan bulatan tu tempat nak dituju. Sambil jalan tu boleh rujuk peta.

3. Jika korang tak tahu nak tengok peta ini, jalan lain pakai Google Map taip ‘제물포 구락부’. Tak boleh taip Jemulpo Club sebab pak cik google tak pandai cari. Kena tulisan hangeul. Tak ade keyboard hangeul? Copy & Paste je. Hehehe.

4. Setelah penat lelah dan semput siput sedut baru la korang sampai ke tempat ini! Tada!

Di kawasan berdekatan juga pun ade jadi lokasi penggambaran Goblin. Scene yang mana? Haa.. Dibawah ini:

Lokasi seterusnya ialah Jayu Park! Nak pergi sini?

1. Dari lokasi yang sama di bahagian tangga, korang terus je naik ke atas dan korang akan keluar ke arah ini.

2. Teruskan perjalanan korang akan jumpa  convenience store seperti dibawah ini.


3. Pada mulanya kami nak fefeeling ala-ala Eun Tak tengah duduk konon nak ikut sebiji macam drama tapi lama pula si atuk duduk kat kerusi tu. Jadi ambil gambar berdiri pun jadi la daripada tak ade kan.

Kalau masih tak jumpa lokasi convenience store ini sila copy & paste geolocation dekat google map nombor ini untuk dapat yang tepat: 

Geolokasi: 37.475062, 126.624196


Selamat berfefeeling drama Goblin. Sekian. Sila klik butang share dekat bawah. Terima kasih kerana membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *