TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] HANMI BOOKSTORE – LOKASI PENGGAMBARAN GOBLIN

Hai korang! Kali ini nak share satu tempat popular penggambaran drama Goblin! Iaitu Hanmi Bookstore atau nama dalam korean ‘한미서점’. Disebabkan permintaan ramai nak tau tempat ini kat mana. Kasi 1 gambar dulu kat bawah hehehe.

Maaf kereta cheq parking sebelah kejap hahaha. Siap berpakaian baju kurung lagi tu. Al maklum pergi masa raya kan so bila lagi nak pakai macam ini. Tak kan nak pakai hanbok je kan? Hehe. 

Pergi ke Hanmi Bookstore:

  1. Turun di Dowon Station (Line 1 – Gyeongin Line) EXIT 2
  2. Korang akan nampak gambar seperti dibawah ni

Lukisan kat situ cantik kan? So snap satu gambar sebagai kenangan.

3. Dekat sini korang akan pening jalan yang mana nak ambil sebab bercabang. Jangan risau Wawa dah tolong curi gambar dari peta pak cik google. Terima kasih pak cik google. Jasa mu dikenang dan ditepek kat sini.

4. Dari anak panah tu EXIT 2 yang korang akan keluar dan menghadap ke seberang jalan. Korang kena lintas ke arah sana seperti di bawah:

5. Korang akan nampak gambar dibawah ni bila dah lintas jalan.

6. Sepanjang perjalanan kawasan ni banyak lukisan-lukisan cantik boleh ambil gambar disekeliling.

7. Korang perlu berjalan sejauh 500 meter untuk jumpa Hanmi Bookstore. Dari jauh korang boleh nampak bangunan warna kuning. Sepanjang berjalan kawasan ni terdapat banyak kedai buku dan barang-barang terpakai dijual semula seperti Hanmi Bookstore.

Tada! Dah sampai!

Buku-buku kecik macam comel je kat situ. Korang jangan pulak ambil tapi korang boleh sentuh dan tengok-tengok. Wawa boleh ambil gambar kat luar saje la walaupun dapat masuk ke dalam tapi tak boleh ambil gambar di dalam. Tempat ni kecik je. Banyak buku kanak-kanak.

Tak jauh daripada Kedai Buku Hanmi ni korang automatik boleh nampak papan informasi lokasi penggambaran Goblin di kawasan terdekat ni di Incheon.

Part yang bermula sesi buli travel partner suruh ambil gambar berkali-kali. Entah berapa kali asyik ke tengah-tengah jalan dengan panasnya cuaca. Terima kasih travel partner yang sudi menahan karenah ku ni hehehe.

Amacam? Okay tak info-info Wawa bagi ni? Mudah paham tak? Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye. Mana tau kawan pun nak pergi sekali. Klik button share di bawah post ni.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *