TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] GYEONGGI ENGLISH VILLAGE, PAJU – PRODUCE 101

Hai! Post kali ini adalah Gyeonggi English Village yang terletak di Paju. Apa yang menariknya di sini? Banyak artis buat rakaman filem di kawasan yang bertemakan ala-ala mat salleh punya tempat. Kawasan memang menarik perhatian dan sesuai untuk orang yang suka bergambar.

Cara pergi ke Gyeonggi English Village:

1. Turun di Hapjeong Station EXIT 1 korang akan nampak tempat menunggu bas.

2. Naik bas no 2200 (kebiasaan tak lama pun nak tunggu)

3. Turun di Gyeonggi English Village (파주영어마을). Perjalanan ambil masa dalam 55 minit untuk sampai ke destinasi.

Turun di perhentian bas ini.

Dah sampai ke destinasi korang akan nampak ‘Welcome to ENGLISH VILLAGE’.

Sebelum masuk korang perlu beli dahulu tiket masuk. Harga tiket: 3,000 won seorang.

Masuk pintu ikut ke arah anak panah dibawah. Ye bahagian imigresen. Mula-mula sampai sini agak kekok dan tak tahu nak beli tiket kat mana. Tengok perkataan ‘immigration’ ingatkan salah masuk hahaha. Sebenarnya memang disitu beli tiket. Orang yang menjualnya adalah orang korean tapi boleh bercakap basic english sahaja. Jika tanya banyak dalam english dia tak tahu nak jawab.

Soalan yang ditanya oleh ‘imigresen’:

“How many people?”

“Where are you from?”

Baru la korang dapat passport, peta dan tiket untuk masuk.

Sudah membeli tiket korang akan lalu ke gate yang dia beritahu. Wawa dapat kena pergi ke gate 3. Dekat situ ada mat salleh yang akan tolong copkan passport korang. Orangnya sangat peramah siap tanya ‘ Datang dari mana?’ ‘Nak buat apa datang sini’ ‘Hari ini sangat sunyi’. Dia akan tanya soalan-soalan cepumas hahaha seperti di imigresen.

Selepas dicop

Pintu masuk ke English Village. Disini korang perlu tunjukkan tiket yang dibeli untuk dia periksa. Soalan yang sama juga ditanya oleh imigresen.

Pernah menjadi lokasi perfileman ‘RUNNING MAN’ episode 65 SNSD SPECIAL di mana SNSD diculik masa dorang tengah nyenyak tidur.

Bukan sahaja RUNNING MAN tapi juga popular dengan lokasi penggambaran untuk ‘Training Studio’ & ‘Dorm’ variety show BOYS24 dan PRODUCE 101 SEASON 1 & SEASON 2.

Produce 101 season 1 episode 5.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi bangunan yang cantik.

Dibawah ini pernah menjadi dorm dorang dalam Produce 101 dan Boys24. Tak berapa pasti tapi ada perasan juga masa Produce 101 season 1. Tak berani nak pergi jauh lagi sebab dah masuk kawasan perumahan orang.

Kawasan ini juga jadi tempat penggambaran Golden Child! Dari Woollim Entertainment.

Yang paling menarik baru Wawa dapat tau, lokasi ini juga pernah buat rakaman MV EXO – Miracle in December.

Akan datang di khabarkan ‘Idol School’ pun buat penggambaran disini ditayangkan pada 13 July 2017. 

Menarik bukan tempat ini? Suka? Sila share tekan button bawah ini beritahu kawan-kawan.

Terima kasih kerana sudi membaca.^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *