MAKAN2: KOREA SELATAN PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] FNC WOW! CELEBRITY CAFE

Dah lama nak update pasal kafe ni tapi belum ada kesempatan nak buat. Jadi hari ni cuti boleh lar share pasal kafe FNC ni. Kafe ni yang bestnya kalau minum latte boleh pilih gambar artis yang kita minat nanti dia lukis atas latte tu. Tapi masa Wawa pergi tak bernasib baik sebab orang yang patur buat benda tu cuti. Jadi pilih air lain saje lar. Lagipun memang tak minum latte.

Mesti ada yang dah pergi kafe ni. Wawa tetap share juga sebab ada yang belum pergi lagi kan kan kan. hehe. Cara pergi? Turun Myeongdong Station EXIT 6 keluar jer ikut tangga belok kiri korang akan nampak Nature Republic tapi masa pergi lagi situ kedai tu dah tutup atau renovate baru ker pun tak tau lar. Jalan terus sampai korang nampak bangunan ni disebelah kanan.

Masuk dalam naik terus tangga ke tingkat 4. Dah jumpa korang akan nampak signboard ni.

Masa kat dalam memang teruja tengok sana sini. Sementara tu pergi buat pesanan kat kaunter. Menu yang ada seperti dibawah termasuk harganya.

Hanya latte sahaja yang boleh letak gambar artis kesayangan korang. Cuma artis FNC sahaja okay. Jangan tanya artis lain tak ada ker. Mau kena sekeh dengan barista tu nanti. Dah buat pesanan sambil tunggu tu kiteorang explore semuanya ape lagi hahaha.

Masa ni hanya mampu minum air ni sahaja dan dapat photo kad sekali.

Lepas tu ada orang sebelah minta dia kata kawan dia minat artis ni jadi Wawa pun bagi dekat dia.

Disebabkan gambar ni asyik bertukar-tukar jadi sanggup tunggu artis mana yang keluar lepas tu tangkap gambar cepat-cepat sebelum bertukar gambar lain hahaha.

Ada juga barang-barang official yang dijual. Kalau nak beli boleh minta kat kaunter. Ada juga jual poster kalau tak salah sebab masa kami kat situ ada pelanggan tu beli poster.

*Maaf ada gambar tak dapat dipulihkan

*Kafe ni dah tiada lagi di Myeongdong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *