TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] CAFE VALOR – CHICAGO TYPEWRITER DAN THE BEAUTY INSIDE

Masa sampai ke kafe ini menangis tau. Dah berjalan kaki sejauh ini dengan pakai baju kurung yang sopan tetiba sampai pula kafe ini tutup. Kalau korang apa rasa?

Bila dah habis menangis. Eh eh tengok depan.

Rupanya kafe di depan lagi. Muka masa tu tahan gelak. Rasanya bangunan ini yang dulu kecil je. Sekarang dorang dapat yang besar dan luas.

Cafe Valor ini terletak di Incheon. Sekeliling kafe ini banyak kilang-kilang. Tak saran untuk pergi seorang diri. 

Popular untuk lokasi perfileman drama dan music video:

1) ‘Picnic Live’ season 2 episode 104 & 105 – artis IU album ‘Palette’

2) ‘Curtain’ music video – EXO Suho & Kang Sora

3) The Beauty Inside – Han Hyo Joo, Lee Dong Wook, Seo Kang Joon, Park Seo Joon, Park Shin Hye dan ramai lagi

4) Chicago Typewriter – Yoo Ah In

Dan banyak lagi…

Nak pergi CAFE VALOR:

1) Dongam Station EXIT 2.

2) 2 pilihan: Naik bas 530, 593 & 103 atau jalan kaki?.

3) Kami pilih jalan kaki: 20 minit.

4) Kalau naik bas 530 & 593 sila turun dekat ‘Sipjeong Pass’ lepas tu jalan kaki 5 minit.

5) Bas 103 turun ‘Seollin Methodist Church’ lepas tu jalan kaki 1 minit.

(Untuk ke kafe ini korang perlu bantuan google map supaya tak sesat)

Lepas dah sentuh barang dorang. Oppss! Baru pandang notis ini. Hahaha.

Korang boleh buat pesanan minuman atau makanan. Jangan risau staf boleh faham bahasa inggeris. Menu tak banyak pilihan. Mungkin ramai yang datang sini hanya ambil gambar. Wawa ambil air ini.

Jus ‘Grapefruit’ harga: 9,000 won

(Air ini memang rasa masam-masam kelat whuaaa terpaksa tahan)

Muka redha…

Selain perabut-perabut dan makanan & minuman, dorang ada juga jual barang comel ini. Boleh bagi sebagai hadiah pun okay.

Hanya rekod sebelah aje. Sebelah lagi tak.

Suka ambil gambar tempat-tempat menarik? Pergilah sini.

Jangan lupa masukkan dalam list korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *