Korea TRAVEL

[KOREA TRAVELOG] CAFE 89 MANSION – KAFE PELAKON LEE JONG SUK

Baru- baru ni Lee Jong Suk ada buka kafe sendiri kat Sinsa-dong jadi kami pun nak pergi terjah lah dulu. Tapi agak pening sikit jalan nak ke sane sebab kafe dia kena masuk ke bahagian dalam-dalam. Sama ada korang nak jalan kaki dari stesen atau naik bas. Kami masa tu jalan kaki je dari stesen Sinsa. Bagi dua pilihan nak pergi sana:

.

Pilihan 1 – Jalan Kaki dari Sinsa Station

.

Kiteorang guna pilihan nombor 1 nie. Nak sihat jalan kaki kia kia kia lepas tu sakit kaki. Jalan kaki tak jauh pun walaupun tengok dalam peta macam jauh. Keluar exit 6 Sinsa station jalan terus masuk lorong yang ke-6 belok kanan terus sampai penghujung jalan korang akan nampak kafe disebelah kiri korang nanti.

.

Pilihan 2 – Naik bas dari Sinsa Station

1) Naik bas nombor 240 turun Sinsa Middle School lepas tu korang kena jalan sikit untuk masuk ke dalam macam dalam peta di atas. (Garisan dot dot tu). Maaf lah tak ambik gambar sekeliling jalan nak ke kafe. Dah pening katakan hehehe.

.

.

Harga kat kafe ni boleh tahan mahal juga lah. Walaupun dorang ada beer tapi dorang asingkan gelas. Kalau korang nak pesan macam teh tu lebih baik kongsi dua sebab cheq dah pesan teh tu mak ai satu teko dia bagi. Jenuh nak habiskan panas-panas. Cheq pilih perisa peppermint.

.

Yang tulisan kat dinding pada yang tak tahu lagi tu hasil tulisan dari tangan Lee Jong Suk sendiri.

.

👍

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

.

Barista hanya mampu ambil gambar belakang sahaja kekeke. Nak tengok muka dorang, korang pergi lah kafe ni. Barista rambut warna perang tu muka macam Gong Myung sikit. Macam lah tapi bukan Gong Myung yang sebenar. Hahaha.

.

Oh ya sebelum terlupa, masa korang masuk buat pesanan dan bayar korang akan dibawa oleh salah satu barista ke tempat duduk korang. Kalau datang berdua tu jadi duduk tempat kerusi yang berdua je lah kalau tiga tu atau ramai dia akan cari tempat boleh duduk ramai. Jangan ubah-ubah tempat sebab dorang ni nak jimat tempat duduk.

.

Ok tu sahaja. Tak banyak nak bebel hari ini. Hahaha sebab menaip dalam keadaan sejuk jadi otak pun beku nak perah tak boleh. Sekian terima kasih kerana membaca. Selamat berjalan ke kafe Lee Jong Suk^^.

2 thoughts on “[KOREA TRAVELOG] CAFE 89 MANSION – KAFE PELAKON LEE JONG SUK”

  1. wahhhhh..jeleess akak kat malaysia baca post awk, dik..akak minat sgt la haii kat jong suk tu..nk pergi sana memang tak mampu la lahaiii buat masa skrg ni…akak nk tgok sangat la si jongsuk tu real life camna ghupe..katenye adik dia pun ada situ…nk nengokla juge ghupe adiknya yang dikatakan lebih tinggi dari dia tu..hahahah..terima kasih up post ni naa….seronok baca post walopun pendek dalam bahasa melayu malaysia..bukan melayuindonesia..hheheh

    1. Hahah xtau lak adik dia ade gak… xtau mane 1.. jongsuk busy shooting skrg nie ssh nk jumpe.. kalo jumpe mmg rezki lar.. mane tau kak nnt akn jumpe dia gak one day

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *