PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] BAS TENGAH MALAM DI INCHEON AIRPORT

Kalau korang punya flight sampai Korea waktu malam dan risau tak sempat nak kejar tren sebelum tutup. Tren hanya beroperasi sampai 11.30pm saje. Macam Wawa sampai di airport pun 10.20pm belum lagi keluar tunggu bagasi main pusing-pusing dah habis setengah jam. Ikut nasib kalau bagasi dapat awal tak apa kalau sejam matilanak. Korang jangan risau sebab di Incheon Airport ada sediakan bas tengah malam. Kami keluar ke arrival gate pun dah 11.15pm walaupun sempat naik tren tapi kena pikir dalam perjalanan tu sampai tak ke destinasi nanti dalam perjalanan tu tren akan berhenti beroperasi dan korang akan turun stesen lain pulak. Sebab pernah berlaku dekat diri sendiri hahaha.

Okay mana nak ambik bas ni? Masa korang keluar dari arrival gate/ pintu ketibaan. Korang cari GATE 6. Keluar dari pintu 6 tu baru korang jumpa tempat menunggu bas 6A.

Jadual bas dan harga mengikut destinasi seperti kat bawah ni:

Destinasi: SEOUL STATION / GANGNAM EXPRESS BUS TERMINAL

Harga: Dewasa – 9,000 won / Kanak-Kanak – 7,500 won

Masa beroperasi: Boleh lihat di website airport Korea LINK

☆ Boleh bayar secara tunai atau kad TMONEY

“PERHATIAN YE NAIK BAS DI TERMINAL 1 MEMANDANGKAN AIRPORT NI DAH ADA TERMINAL 2 JANGAN SESAT”

Bawah ni adalah peta ke tempat menunggu bas di TERMINAL 1:

Tempat perhentian bas di SEOUL STATION:

Tempat perhentian bas di GANGNAM EXPRESS BUS TERMINAL:

Tempat perhentian bas di Sinyongsan Station:

Tempat perhentian bas di Heukseok Station:

Tempat perhentian bas di Yeomchang Station:

Tempat perhentian bas di Songjeong Station:

Memandangkan kami dah book guesthouse dekat kawasan Seoul Station jadi kami kena tunggu bas nombor N6001 di platform 6A. Pukul 11.15pm dah boleh mula beratur. Staf situ akan susun bagasi. Bagasi pun kena beratur jugak bukan orang saje yang beratur hahaha.

Lepas buat bayaran staf akan bagi stiker beg untuk dilekat kat bagasi korang jadi nanti tak bertukar bagasi dengan orang lain. Staf akan bagi stiker panjang macam kat bawah ni.

Mata masa tu serius dah kuyu mengantuk walaupun dah tidur dalam flight hahaha. Tapi tak boleh lelap mata dalam bas sebab pertama kali naik bas tengah malam ni takut kang terlepas pulak. Dah sampai bas akan berhenti betul-betul depan SEOUL STATION. Perjalanan dari Incheon airport ke Seoul Station 1 jam 10 minit.

Lepas tu kami jalan kaki ke guesthouse yang dah dibook. Kami nak jimat daripada naik teksi mahal lebih baik ambik guesthouse berdekatan. Teksi tengah malam lagi cekik darah. Nanti Wawa share 2 guesthouse yang pernah tinggal kat kawasan ni. Annyeong~

*Maaf ada gambar tak dapat nak dipulihkan


Timetable:

  • To Seoul Station: From 05:20 am to 09:45 pm. See below the departing time from each airport terminal:
  • Incheon International Airport Terminal 1 Station: From 05:28 am to 22:48 pm (Express Train), from 05:30 am to 23:39 pm (All Stop Train).
  • Incheon International Airport Terminal 2 Station: From 05:20 am to 22:40 pm (Express Train), from 05:23 am to 23:32 pm (All Stop Train).
  • To Incheon International Airport: From 06:00 am to 10:00 pm.

Sumber: https://www.seoul-airport.com/arex.php

Baca:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *