PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[KOREA TRAVELOG] AIIN’S WORLD 아인스월드 – KLCC PUN ADA

Tak ramai yang tahu lagi tempat ni Aiin’s World yang terletak di Bucheon. Pertama kali nak pergi ke kawasan Bucheon ni. Tempat ni adalah taman tema semua bangunan-bangunan terkenal di seluruh dunia. Dorang pun ada bagi info-info setiap bangunan. Boleh lah belajar sejarah. Jadi yang tak dapat nak merantau keliling dunia boleh lar datang ke sini.

.

Nak pergi ke sini:

1) Turun SAMSAN GYMNASIUM exit 5

2) Jalan ke perhentian bas dan naik bas nombor 53

3) Turun di perhentian Aiin’s World

4) Nak balik boleh naik bas 59 atau mana-mana bas yang dah stand by berdepan dengan pintu gate. Tanya jer driver tu.

.

.

.

Dah sampai korang akan nampak pintu masuk ke Aiin’s World.

.

.

Masuk-masuk je dah boleh nampak kaunter tiket. Jangan risau orang yang jual ni boleh berbahasa english. Selepas masuk korang akan nampak peta Aiin’s World. Kalau nak mudah minta kat kaunter tiket untuk peta.

.

.

Kami pergi pada waktu malam. Harga berbeza untuk petang dan malam. Malam agak mahal sikit berbanding dengan pada waktu petang. Tapi sebelum tu cheq tunjuk gambar-gambar kat sana. Memang cantik pada waktu malam.

.

PhotoGrid_1507244118835
PhotoGrid_1507244193600
PhotoGrid_1507244151552
PhotoGrid_1507244072602
PhotoGrid_1507244020095
PhotoGrid_1507243975273
PhotoGrid_1507243929399
PhotoGrid_1507243890350
PhotoGrid_1507243838795
PhotoGrid_1507243788232
PhotoGrid_1507243745290
PhotoGrid_1507243713926
PhotoGrid_1507243682783

.

KLCC juga pun ada dipaparkan kat sini! Sebenarnya ada banyak lagi bangunan tapi tunjuk mana yang ada je.

.

PhotoGrid_1507243641684
PhotoGrid_1507243574721
PhotoGrid_1507243498025

.

Masa beroperasi & Maklumat:

[AIINS WORLD]

November ~ Februari : 10:00 ~ 17:00

March ~ October : 10:00 ~ 18:00

Dewasa (13 tahun & ke atas) : 10,000 won

Kanak-kanak ( 3 ~ 12 tahun) : 8,000 won

[WORLD NIGHTVIEW FANTASTIC FESTIVAL]

November ~ Februari : 17:00 ~ 23:00

March ~ October : 18:00 ~ 23:00

Dewasa (13 tahun & ke atas) : 13,000 won

Kanak-kanak (3 ~ 12 tahun) : 10,000 won

Maklumat lanjut: Aiin’s World

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *