TRAVEL: ARAB SAUDI

KONGSI PENGALAMAN UMRAH: TEMPAT MENARIK SEMASA ZIARAH DALAM DAN LUAR MADINAH + MEKAH

Untuk kali ni Wawa tak share itinerary sebab setiap ejen umrah akan bagi yang berlainan, jadi post ni Wawa akan share tempat-tempat yang kami dibawa selama mengerjakan umrah di Madinah dan juga di Mekah. Ada yang akan pergi ke Madinah dulu kemudian Mekah dan disebaliknya. Macam Wawa, kami pergi ke Madinah dulu jadi ada tenaga simpan untuk ke Mekah. Nanti korang kat Mekah memerlukan fizikal dan mental yang kuat semasa nak buat umrah melainkan orang pakai kerusi roda la. Yang tak pakai kerusi roda tu kena kaki kuat dan pakai kasut yang bersesuaian. Kalau ziarah luar tu Wawa pakai kasut sport dan ziarah dalam pakai selipar berstoking.

MADINAH

Masa kami sampai Jeddah Airport memang direct kami terus ke hotel dan berkejar nak solat maghrib. Ya Allah time tu azan dah berkumandang dan Wawa sama-sama dengan roomate berlari mencari tempat solat dan akhirnya solat bahagian luar yang kesejukan. Kena pulak port tak ada karpet. Selesai memang terus cari pintu 25 sebab plan nak ziarah Raudhah selepas solat Isyak tapi kami dah terlalu penat sebab kami dari airport pun bontot kebas 6 jam perjalanan dari King Abdulaziz International Airport ke Madinah. Tunggu sejam selepas solat Isyak pun tak buka lagi pintu ke Raudhah. Lepas kami tanya salah sorang jemaah kata selalu dia pergi pukul 10 tak ramai orang. Jadi kami pergi la keesokan harinya padahal dalam itinerari kami ada untuk ke Raudhah tapi Wawa dengan mak cik tu kena tinggal lagi la kami sesat masa Hajah bawa jemaah-jemaah pagi tu sebab Wawa tolong ada mak cik tu tak larat nak isi air zamzam dalam botol sebab dia tak boleh nak tunduk.

Jadi malam hari ke-2 lepas solat Isyak kami terus balik hotel tidur dulu dan kononnya nak pergi pukul 11 malam ke Raudhah tapi last-last terlajak pulak sampai 11 lebih. Nasib baik mak cik roommate dia sedar dan kejut kami dengan muka mamai kami bertiga gigih pergi Raudhah. Sampai pukul 12 lebih macam tu dekat pintu Raudhah sambil menunggu giliran. Siap penjaga situ pandai cakap melayu wehh “duduk duduk” “hajah hajah sabar sabar“.. Alhamdulillah sempat solat dan berdoa semasa sujud. Mak cik tu pesan suruh dia masa sujud sebab masa dia pergi Haji dia tak sempat berdoa dah kena halau. Masa Wawa pergi memang berjalan lancar la, tak ada kena halau siap sempat sambung lagi 2 rakaat.

MASJID AL-GHAMAMAH

Masjid ini dinamakan dengan Ghamamah (yang bermaksud awan), diriwayatkan ada sebuah awan yang menghalangi sinar matahari ketika Nabi Muhammad sedang solat di tempat ni.

Masjid yang berdiri di tempat yang dipercayai sebagai lokasi Nabi Muhammad melaksanakan solat Aidilfitri pada tahun 631.

RAUDHAH

Maksud Raudhah ni Taman. Nama Raudhah ni diberi oleh Rasulullah dengan maksud Taman Syurga. Pada zaman Rasulullah, rumah baginda bersebelahan dengan masjid. Jadi ruang diantara rumah Nabi dan masjid tersebut dinamakan sebagai Raudhah. Sekarang dijadikan sebagai makam beliau. Disinilah tempat Rasulullah beribadah, memimpin solat, menerima wahyu, dan bersama para sahabat yang soleh.

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa sinilah tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan sangat mustajab. Dulu dorang cakap senang nak masuk dan tak ramai tapi sekarang ni nak masuk sangat susah, berebut-rebut orang yang nak menuju masuk. Tapi perasaan berada disini, hanya Allah saja yang tahu, hati berdebar-debar, rasa pasrah dan air mata kompem menitik.

MASJID QUBA’

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dalam hal ni, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

” Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.”

Wawa pergi masjid Quba’ ni 2 kali. 1 kali join sekali dengan mutawwif dan beberapa orang jemaah walaupun tak ada dalam itinerary untuk hari tu. Tak ramai pergi jadi mutawwif pergi naik van jer. Hari seterusnya baru semua pergi naik bas.

MASJID QIBLATAIN

Masjid ini dikenal dengan  dua arah kiblat. Masjid yang dulu bernama Masjid Bani Salamah tu menjadi saksi perpindahan arah kiblat kaum Muslim.

*Tak ambik gambar (tak terpikir nak ambik gambar)

MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak)

Dikisahkan, ketika terjadi perang Khandaq pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah saw beserta sahabat pernah bermalam di tujuh masjid ini. Sebab pada zaman nabi, ketujuh masjid ini difungsikan sebagai pos-pos penjagaan. Selain itu, ketujuh masjid ini juga dibangun sebagai bentuk penghormatan terhadap jasa para sahabat yang telah berjuang melawan kaum kafir Quraisy. Nama para sahabat tersebut, kemudian dijadikan nama masjid sesuai dengan lokasi masjid yang mereka jadikan tempat pertahanan.

Tak dapat nak ziarah ke semua masjid-masjid ni atas sebab kesuntukan masa.

JABAL UHUD

Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah bukit yang berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam sebab di lembah gunung ni pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy yang dikenali sebagai Perang Uhud.

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’,” demikian hadis HR Bukhari.

– kubur Hamzah ibn Abdul Muttalib juga ada disini

LADANG KURMA BANI HASHIM

Kat sini kami tak beli pun kurma. Cuma kacang-kacang gajus, kismis dengan badam sebab sebelum ni family pergi umrah beli kurma coklat dengan kurma apa entah nama tak makan habis pun. Lagi dia punya manisan terlalu manis bagi kami.

Selepas selesai shopping sini, beredar ke tempat lain yang berdekatan sini juga. Tak tahu apa nama nak sebut dalam bahasa arab ni. Kat sini korang boleh makan berapa banyak kurma yang korang nak. Dah tentu tuan tempat ni akan cakap “Halal Halal Halal” hahaha. Menarik kat sini, korang akan jumpa kalimah Allah kat biji kurma selepas makan habis. Kalau ada rezeki akan jumpa la. Wawa makan makan makan sambil tunggu orang tu layan jemaah lain beli kurma Wawa sambung makan sampai la dia baru layan Wawa nak sekilo kurma ajwa (rekemen kurma ni paling sedap!). Memang tak la Wawa nak check ada ke idok kalimah Allah kat biji. Bawa balik rumah makan baru check. Hehehe.

PERCETAKAN AL-QURAN

Sebelum pergi ke percetakan Al-Quran, terlebih dahulu kena la ambik wuduk. Kami diberi peluang untuk tengok macam mana proses pembuatan Al-Quran. Kami juga diberi Al-Quran secara PERCUMA. Jenis yang bersize besar dorang bagi kat orang yang dah berumur 60 tahun ke atas. Senang mata nak nampak tulisan besar-besar. Kami yang muda-muda ni dapat yang kecik. Lepas tu pak arab mana entah keluar dari office terus photobomb gambar kami. Haha.

-Sepanjang di Madinah tak sempat pergi Taman Saqifah Bani Sa’dah dengan perkuburan Baqi’.


MEKAH

MASJID BIR ALI

Miqat di Masjid Bir Ali bagi jemaah yang akan melaksanakan ibadah umrah. Menurut sejarah, masjid ini tergolong sangat istimewa di kalangan para jemaah. Rasulullah SAW selalu singgah dan bermiqat di masjid ni. Miqat adalah tempat bermulanya ihram.

*Tak ambik gambar

JABAL
THUR, PADANG ARAFAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR

Sempat tengok dari jauh dalam bas sambil dengar ceramah mutawwif dan ambik gambar pun dari jauh. Dengar roommate bercerita sekali pengalaman dia masa menunaikan Haji pada tahun 2017 kalau tak silap dia cakap. Kejadian banjir besar dia sempat berteduh kat bawah jambatan Jamaarat. Disebabkan kejadian tu dia tak dapat nak sempurnakan rukun Haji. Huishh kalau Wawa macam ni jadi mana tak nya berdebar-debar wehh.. Lagi masa tahun berapa entah arwah mak roommate pergi Haji kena pulak kebakaran besar kat khemah-khemah Haji. Sebab tu sekarang dorang pasang khemah tahan api.

JABAL RAHMAH

Jabal Rahmah sering dikaitkan sebagai lokasi mustajab doa untuk mendapat jodoh kerana ia tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu semula selepas Allah turunkan kedua-duanya ke dunia akibat kesalahan memakan buah khuldi di syurga.

Jabal atau Bukit Rahmah adalah sebahagian daripada kawasan padang Arafah yang bakal menjadi tempat berwukuf semasa Haji. Wukuf adalah elemen paling penting dalam proses ibadat haji kerana ia satu daripada rukun dan suasana ketika berwukuf amat mencabar ketahanan mental serta fizikal.

LADANG UNTA HUDAIBIYAH

Pertama kalinya try minum air susu unta wehhh. Selain unta, ada juga kuda, kambing biri-biri, kucing dan juga aktiviti memanah. Nak naik kida tapi disebabkan pada hari tu pulak tak pakai seluar memang tak jadi la nak naik. Jadi bawa diri pergi memanah hehe.

Yang terakhir jemaah-jemaah lain bermiqat di masjid Hudaibiyah tapi Wawa dengan roommate tak perlu buat dah umrah. Kami dah selesai dahulu sehari sebelum. Kami bermiqat di masjid Ayesha. Miqat ke-2 di masjid Ja’aranah.