TRAVEL: ARAB SAUDI

KONGSI PENGALAMAN UMRAH: MARI BERSEDEKAH SAMBIL MENUNAIKAN UMRAH DI MADINAH & MEKAH

Kebiasaan orang akan bagi duit kat pekerja-pekerja di masjid sebab dorang pun dah tolong jaga kebersihan luar masjid dan dalam masjid, susun al-quran, simpan kerusi lipat ke tempat disediakan dan macam-macam lagi tugas dorang buat. Tak kira la berapa banyak korang nak bagi sama ada 1 riyal, 5 riyal atau 10 riyal.

Kalau Wawa akan bagi masa orang tu dok sorang-sorang atau buat kerja sorang-sorang. Jadi hulurkan senyap-senyap duit kat dia. Sebab apa, kalau bagi duit secara terbuka dan kawan-kawan dia nampak. Dorang akan kerumun ramai-ramai dekat korang dan mengharap korang bagi juga kat setiap orang. Kesian tengok tau kalau yang tak dapat tu. Lagi-lagi yang bawak anak kecik (bayi) tunggu kat luar pintu nombor 5 Masjid an Nabawi (Madinah). Dorang akan ikut korang selagi tak bagi duit kat dia.

Kalau korang memang dah bawak duit banyak-banyak (memang dah berniat nak bagi banyak) dan dah siap dalam sampul boleh la bagi setiap sorang. Wawa pulak dah la bawak berapa helai duit dalam poket bajet sedekah untuk hari seterusnya. Huhuhu. Tapi memang ada la Wawa jumpa orang yang bawak sampul duit berkepuk-kepuk dalam tu lepas tu dia bagi-bagi lagi dia suruh pekerja tu panggil kawan-kawan dia datang. Bagus kan. Murah rezeki orang tu.

Belanja suasana selepas subuh

Selain tu, korang boleh jugak bagi makanan kat kucing-kucing. Tu pun dah kira bersedekah. Kesian tengok kucing-kucing tu lapar. Beli tin tuna yang biasa jangan pulak korang beli cili tuna kang kepedasan kucing tu nanti. Mana nak dapat? Kedai runcit tepi-tepi memang banyak jual. Wawa beli size yang sederhana dalam 8 riyal. Boleh la beli 2 tin bagi kat dorang-dorang ni makan. Ketuk-ketuk tin tu sambil panggil kucing *bunyi yang biasa kita panggil kucing* laju turun dari atas entah keluar lubang mana tiba-tiba banyak pulak kucingnya. Baru nampak gambar bawah ni belum kat kaki dan sebelah kanan (tak ambik gambar tapi video ada upload kat fb personal)

Kucing-kucing kat Mekah

Boleh jugak korang nak sedekah makanan kat orang-orang fakir (orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya – wikipedia). Ada 1 restoran ni menyediakan makanan untuk disedekahkan. Nama restoran ni ELDAHAN RESTAURANT yang terletak berdekatan dengan KFC di Mekah. Restoran ni dibuka 24jam tak kira siang ataupun malam restoran ni tetap ramai orang yang beratur.

Ada 2 jenis set menu yang saya tahu:

  • KEBAB + AIR JUS untuk 30 orang fakir (100 riyal)
  • NASI + AYAM + AIR JUS untuk 10 orang fakir (110 riyal)

Kalau nak senang cari restoran ni, korang akan nampak signboard pasar raya Bin Dawood. Bersebelahan dengan menara jam. Restoran ni satu deret dengan Bin Dawood dan Al Rajhi Bank.

Insyaallah ada masa lapang Wawa akan sambung lagi part lain pulak~

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.(Hadith Riwayat al-Bukhari:12 dan Muslim:39)

2 thoughts on “KONGSI PENGALAMAN UMRAH: MARI BERSEDEKAH SAMBIL MENUNAIKAN UMRAH DI MADINAH & MEKAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *