Tarikh: 9 Ogos 2017
Masa: 7:30pm
Tempat: Pavilion KL
.

.
Baru sekarang nak update. Minggu lepas pelakon-pelakon The Battleship Island datang ke Malaysia untuk promote movie dorang kat sini. Siapa yang tak kenal Song Joong Ki popular dengan drama Descendant of the Suns dan juga So Ji Sub dengan drama Oh My Venus dan Master’s Sun. Dorang datang bersama Hwang Jung Min dan juga pengarah movie, Ryoo Seung Wan tapi sayangnya Kim Su An tak datang. Budak perempuan yang popular dalam movie Train to Busan.
.
.
Seramai 10,000 orang yang datang menyaksikan kedatangan dorang ke sini mengalahkan Singapura hanya 5,000 orang. Disebabkan ada event lain didalam Pavilion jadi dorang buat kat luar. Dapat lah Wawa tengok dia dari jauh pun tak apa janji live depan mata hehehe. Kalau tak asyik ambik gambar dengan standee aje kan?
.
.

.
Baru semalam cuti daripada kerja baru lah dapat tengok movie ni bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Movie memang sangat best ditonton dan no wonder hanya umur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh tengok. Banyak juga lah aksi-aksi kejam dari orang jepun sanggup melacurkan perempuan dan juga budak perempuan. Bunuh tanpa belas kasihan dan sukakan tengok pergaduhan antara kaum korea sesama kaum. Banyak lagi lah yang akan buat korang sakit hati tengok perbuatan dorang dan juga sedih nak tengok.
.
Korang mesti kena tengok movie ni! Tapi Wawa sarankan korang jangan tengok sambil makan ahahah. Gerenti ada yang muntah tengok salah satu babak bila So Ji Sub ‘lipat orang tu macam selimut’ hehehe dan banyak lagi scene korang tak sanggup nak tengok. Selamat menonton!
