MAKAN2: SELANGOR

KAKATOO – RESTORAN MAKANAN TRADISIONAL + MODEN NYONYA (HALAL)

Hai dan selamat tahun baru! Minggu lepas wawa berpeluang merasa makanan nyonya semasa soft launch di The Starling Mall. Akhirnya dapat jugak jejak kaki dan mengisi perut kat sini. Masa dijemput untuk cawangan IOI City Mall tak menjadi atas sebab kesibukan kerja. Pertama kali jugak la nak merasa masakan nyonya ni kat restoran Kakatoo. Masa soft launch ni menu adalah limited jadi tak semua boleh try. Menu sepenuhnya akan beroperasi keesokkan harinya selepas event soft launch ni. Restoran ni ada sijil Halal. Memang kompem sebab Kakatoo adalah salah satu client under syarikat kawan bekerja. So dia yang apply sijil halal untuk restoran Kakatoo dan bukan senang untuk dapatkan sijil Halal. Kalau ada 70 menu jadi semua tu la akan di check. Jadi sesiapa nak buat sijil halal tu wawa boleh rekemenkan hehe ok done promote.

Masa masuk restoran ni pun mata wawa tertumpu kat hiasan di dinding. Cantikkan! Kalau yang datang menaiki kereta parking rate kat sini tak ada la mahal. Sejam pertama adalah PERCUMA, jam kedua dan ketiga baru dikira RM1 per jam dan jam keempat ke atas dah rate RM2 per jam. Not bad kan. Bagi yang guna public transport korang boleh turun kat LRT Kelana Jaya dan naik shuttle bus The Starling Mall.

Restoran ni mendapat Outstanding New Restaurant pada tahun 2017 World Top Gourmet Awards. No wonder boleh dapat anugerah ni, sedap memang sedap. Kami pun order la 2 Style Kailan, Asam Pedas Ming Prawn, The Fillet (Chicken) Lemon Sauce, Ice Lemon Tea dan juga cendol (walaupun tak ada dalam menu untuk launch event) bila tanya kata ada so ambil la sebab ada orang kempunan cendol tak dapat masa dia pergi IOI City Mall. Hehe. Kat sana memang ramai orang dan kebanyakan menu cepat habis.

Kalau korang datang sini, menu utama yang korang patut try adalah dorang punya Nasi Kerabu Signature! Tapi sayang wawa tak dapat nak merasa menu ni kalau tak wawa dah order ni. Ramai yang bagi feedback Nasi Kerabu dorang ni SEDAP! Selesai buat pesanan, cendol yang dihantar dulu ke meja kami. Seronok la kawan tu akhirnya dia dapat jugak cendol dia. Hehe.

Kami share makan cendol sementara nak tunggu makanan lain sampai. Belum cendol habis separuh makanan dah pun sampai. Kami tak order banyak kang takut tak habis. Kalau datang ramai boleh la order banyak-banyak menu dan try pelbagai makanan. Order takat mana yang perut kami boleh masuk la hehe.

Chicken Fillet Lemon sauce
Asam Pedas Ming Prawn

Selalu kalau asam pedas ni try ikan tapi kali ni cuba lain pulak kan jadi kami pilih udang. Menu kami pilih ni semua masam hahaha tak tau kenapa. Kami ni suka makanan jenis masam-masam kot. Air pun dah masam. Asam pedas dia paling wawa suka. Perghh dia punya rasa masam dan pedas balance. Tak ada la pedas sangat. Sedangkan wawa jenis tak makan pedas boleh telan.

Biasa kan masakan udang ni dapat yang udang jenis kulit keras jadi kalau nak makan pakai sudu garfu agak leceh melainkan dok kat rumah pakai tangan jer ngap! Tapi kat restoran ni dia pakai udang yang jenis kulit lembut wehh~ dan belakang dipotong buang kekotoran plus senang bagiku nak kopek kulit udang!

2 Style Kailan

Eh makanan dah habis. Mana kami punya 2 Style Kailan? Dorang pun dah terlupa nak bagi. Masa tu dah mula ramai orang jemputan masuk. Jadi kami minta jugak la kailan tu walaupun nasi dah habis huhu nak merasa jugak. Kailan dah sampai jadi kami meratah jer la. Time tengah meratah sayur tu la datang korang nak shooting video kat kiteorang. Dah la tinggal sayur tu jer hahaha. 2 Style Kailan memang kena la dengan nama dia. 1 dia buat goreng dan 1 jenis sup. Jenis goreng tu terasa pahitnya bila tak ada nasi sebab tu dorang letak ikan bilis untuk balance kan rasa masin pun ada dan manis untuk yang sup sebelah. Jadi kami yang meratah ni still boleh sumbat masuk tekak sampai licin mangkuk. Sedap memang sedap!

Selain tu dorang pun ada menerima tempahan katering untuk event-event. Jadi kalau ada nak buat event kat tempat dorang pun boleh. Bawah ni salah 1 katering dorang buat untuk Lee Seung Gi Asia Fanmeeting <Vagabond Voyage> in Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Kakatoo

Kalau masa tu masih ada kekosongan dalam perut, kami nak order kuih tradisional nyonya huhu. Lain kali datang lagi akan cuba kuih dan nasi kerabu dorang. Nyum nyum!

Berselfie bersama Miss Joyce tuan kedai Kakatoo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *