MAKAN2: SELANGOR PAST CONTENTS RECREATED

JINJJA CHICKEN: RESTORAN AYAM GORENG KOREA YANG RANGUP

Annyeong foodie lovers! Haa siapa yang suka makan ayam goreng boleh cuba restoran ayam goreng Korea Jinjja Chicken. Setakat ni ada 2 cawangan dibuka:

  • Sunway Pyramid (LG 2.47, Lower Groun Floor) Buka: 10am~10pm
  • The Gardens Midvalley (LG-241A, Lower Ground Floor) Buka: 10am~10pm

.

Masa raya cina pergi la yang cawangan kat Sunway Pyramid teringin nak makan ayam goreng tiba-tiba. Mula nak pergi Nene Chicken sebab belum cuba lagi rasa tapi dah dekat kawasan Damansara jadi pergi yang dekat. Next time pergi Nene Chicken ya!. Apa yang menarik Jinjja Chicken ni lebih kurang sama dengan 4 Fingers tapi lebih sedap lagi dengan kerangupan ayam gorengnya perghh.

.

Sampai jer kena buat pesanan dahulu dikaunter hadapan pintu restoran. Bukan ayam goreng jer ada, korang boleh pilih Jjampong, Jjajjang Myeon, salad, burger dan lain-lain tambahan. Ayam goreng korang boleh pilih nak soy sauce atau pedas sikit atau terlampau pedas. Nak senang tengok menu bawah:

.

MENU

.

Kami pilih Jinjja Wings (6pcs) mix soy sauce dengan Yangnyeom, KPOP Chicken dan nasi. Bayar menggunakan dengan FAVE APP korang boleh dapat balik cashback 10% dari perbelanjaan tadi. Kalau belum ada FAVE APP korang boleh download dan jangan lupa masukkan “FAVESITI3396” untuk dapat baucer RM5.
.

.

Lepas buat pesanan dorang akan bagi buzzer (mesin ketar2) tu dan air jadi boleh duduk dulu sementara nak siap makanan korang boleh layan music video Kpop kat tv dinding restoran. Dah siap makanan buzzer tu akan ketar dan korang kena ambik makanan kat kaunter ‘pick up’ kat belakang bukan kaunter ‘order’ tau. Kat kaunter ‘pick up’ tu boleh ambik sekali tong kecik untuk isi tulang, plastik untuk pakai masa makan ayam tu, sos cili dan sos tomato, chopstik dan tisu (korang tak boleh ambik sekotak tau).

.

Air Heaven and Earth boleh la tak manis sangat. Kpop Chicken pun ranggup dan sedap. Chicken Wings 6pcs dorang bagi 4 ketul wings 2 ketul drumstick jadi bukan semua wings. Perisa Yangnyeom (pedas sikit) sebab saya tak boleh makan pedas memang sedap ayam dia rangup dan senang isi keluar bila makan tapi perisa soy sauce terlalu pekat terasa masin jadi kalau nak hilang rasa macam tu korang makan dengan nasi. Kalau makan saje ayam goreng soy sauce ratah macam tu jer memang masin jadi sila pesan nasi sekali kalau nak makan ayam soy sauce.

.

Menu lain tak cuba lagi tapi ada yang cakap Jjajjangmyeon tak berapa sangat. Saya tak rasa lagi, lain orang lain citarasa. Memang susah nak cari jjajjangmyeon yang sedap dan halal. Mentang-mentang penangan dari Runningman punya pasal hehe. Harap lepas ni boleh cuba menu lain macam aiskrim tu ker hehe nampak menarik.

.

Jinjja Chicken

Facebook | Instagram | Website

Leave a Reply