TRAVEL

[JAPAN TRAVELOG] UNIVERSAL STUDIOS JAPAN!

Hai korang semua! Memandangkan ramai yang mintak Wawa kongsi travel masa pergi Jepun. Post kali ni nak cover kawasan Universal Studios Japan dulu. Banyak-banyak aktiviti dalam USJ (bukan Subang Jaya tau) ni paling menarik bagi Wawa dah tentu The Wizarding World of Harry Potter! Mentang-mentang dah kecewa Harry Potter konsert tak menjadi pulak kat Malaysia ni jadi marilah kita throwback.

.

Peta disekitar Universal Studios Japan

.

Nak pergi USJ ni korang kena plan keluar awal pagi tau untuk dapat barisan dihadapan dan kepuasan main di sini. Seharian nanti korang kat sini jadi plan-plan betul-betul. Kami keluar dari apartment seawal pukul 7 pagi bergerak dari Tennoji Zoo eh eh bukan kami tidur kat zoo ni tau. Kawasan apartment memang berdepan dengan zoo ni. Perjalanan dari Shin-Imamiya Station ke Universal-City Station (JR Yumesaki Line) mengambil masa dalam 40 minit.

.

Sampai disana korang semestinya akan terlebih excited macam Wawa sebab dengar lagu Harry Potter pepagi jadi bersemangat lah kan. Tiket beli dikaunter sebelum masuk. Jangan risau peta korang boleh ambil di kaunter juga.

.

Harga tiket masuk mengikut kategori:

4 – 11 tahun = 5,100 yen

12 – 64 tahun = 7,600 yen

65 tahun ke atas = 6,830 yen

Kalau korang tak nak beratur lama semasa nak masuk bermain games boleh beli EXPRESS PASSES. Tetapi hanya beberapa rides terpilih sahaja boleh potong barisan iaitu:

4 rides: 4,500 – 8,100 yen

7 rides: 6,900 – 13,200 yen

(Bergantung pada hari jugak ye dan pas ni akan cepat habis pada hari minggu atau hari sibuk orang ramai bercuti)

.

Masuk je pintu USJ pertama mesti lah berlari menuju ke The Wizarding World of Harry Potter dulu sebab ramai yang akan beratur untuk masuk ride sana. Disarankan korang pergi sini dahulu sebelum ride yang lain.

.

Sebelum masuk ke pintu The Wizarding World of Harry Potter

.

THE WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER

.

Di waktu pagi ke The Wizarding World of Harry Potter

.

Pada masa ni tak ramai sangat jadi masa menunggu barisan tak lah panjang dan tak lama. Sebelum masuk ke ride ni korang akan ke bahagian loker untuk simpanan semua barang korang termasuk handphone kalau tak nak tercampak masa ride. Kalau rasa tangan tu cukup kuat nak pegang handphone/kamera dipersilakan. Naik ride Harry Potter sangat lah seronok!

.

Selepas ride korang akan keluar dan ambil barang korang di loker menuju ke bahagian kedai jualan barangan Harry Potter. Dibawah ni gambar-gambar yang sempat diambil.

.

Biskut coklat berharga 2,300 yen setin
Biskut berharga 1,600 yen setin
Kek comel berharga 1,500 yen sekotak
Baju t-shirt Harry Potter – 3,900 yen
Baju jubah Hogwarts
Baju dan selendang sekolah Hogwarts
Maaf lupa take note harga barang ni
Harga magical wand – 4,900 yen (boleh fefeeling macam ahli sihir bermain seperti kibarkan bendera houses kat luar nanti atau gerakkan barang sebab dihujung tongkat ni bercahaya berbanding original tak ada). Original wand – 4,500 yen (biasa saje boleh main cucuk orang je)
Jenis-jenis tongkat sakti mengikut tuan empunya
Jenis-jenis tongkat sakti mengikut tuan empunya
Boleh buat bantal busuk
Bantal – 3,800 yen
Gula-gula Butter Beer Drops – 1,200 yen
Sweater Gryffindor – 6,900 yen
Sweater Hogwarts – 6,900 yen
Mug all houses – 1,500 yen
Mug Gryffindor – 2,500 yen
Coklat Katak – 1,200 yen

.

*PERHATIAN UNTUK MUSLIM: TAK DISARANKAN BELI BISKUT ATAU COKLAT KERANA MENGANDUNGI GELATIN YANG KITA TAK BOLEH MAKAN. SEKIAN.

.

Berada betul-betul diluar kedai jualan barang Harry Potter. Disini lah korang boleh belajar jadi ahli sihir menggunakan Magical Wand. Jangan risau ada orang akan guide korang

.

Selesai membeli belah kat dalam kedai tu. Jom pergi minum dulu! Sambil tengok persembahan di kawasan berdekatan juga. Soundtrack Harry Potter dimainkan dipentas sini.

.

Semakin petang semakin ramai orang dan sesak
Orang ramai beratur membeli Butter Beer
Harga mengikut gelas. Jangan risau untuk muslim boleh minum sebab tak mengandungi arak pun.

.

Kedai yang berada diluar juga ada jual barangan Harry Potter. Ada kedai jual berlainan barang jugak tau. Bawah ni barang yang dijual di luar.

.

Kedai jual tongkat sakti
Jualan barang di luar
“Kenal lagi tak saya?”
Baju seragam sukan Quidditch
Flavour Beans dan juga coklat katak
Harga lingkungan 1,000 – 1,500 yen
Maaf tak ingat harga
Tongkat sakti mengikut tuan empunya

Cuba teka tongkat sakti siapa ni?
Barangan Harry Potter
Jam tangan – 5,000 yen

.

Okay! Tamat sudah explore dalam The Wizarding World of Harry Potter. Banyak yang menarik lagi-lagi buat peminat Harry Potter. Sekarang kita ke tempat lain pulak.

.

JAWS

.

.

JAWS juga tempat menarik untuk dicuba. Wawa sarankan jangan korang keluarkan handphone atau kamera untuk merekod semasa dalam bot tau dan jangan pakai krim muka yang boleh menyebabkan muka terasa terbakar. Dekat sini melibatkan tembak menembak yang akan membuat korang terkejut dan tak sesuai untuk orang yang sakit jantung. Bahan api meletup sana sini efek memang kagum tengok dan korang boleh rasa bahang panasnya.

.

JURASSIC PARK 

.

.

Tak dapat nak naik bila dah tengok barisan yang sangat panjang jadi kami skip je terus ke tempat lain.

.

STOR DESPICABLE ME 

.

Jom explore dalam kedai Despicable Me. Minions yang comel merata-rata buat korang rasa geram.

.

“Hello my name is STUART”. Please take me home!
Depan kedai Minions. Taman tema dibelakang belum siap lagi ㅠㅠ
Dalam kedai Minions
Biskut manis: 1,500 yen sekotak
Biskut Minions: 1,400 yen
Patung Minions: 3,500 yen
Teropong siapa yang tengah baca blog ni
Bantal teropong berharga 2,500 yen
Biskut Minions berharga 2,000 yen
Patung key chain berharga 1,100 yen
Key chain yang comel

Tumbler Despicable me: 2,400 yen
.

Jalan- jalan sekitar terjumpa pulak cap tangan 3 artis yang kenal ni. Peminat layan cerita jepun je kenal siapa dorang ni.

.

Kumi Koda
Eiji Wentz
Teppei Koike

.

Kami pergi pulak ke SPIDERMAN

.

Ride SPIDERMAN pun best jugak tau!
Key chain: 600 yen
Key chain UNIVERSAL STUDIOS JAPAN: 1,000 yen
Tumbler SPIDERMAN: 2,200 yen
Koleksi barang SPIDERMAN
Baju t-shirt SPIDERMAN
Biskut perisa coklat dan original

.

Perut dah berkeroncong lapar jadi kami singgah beli Churritos

.

Cuaca sejuk jadi mesti beli makanan yang panas
Hot chocolate: 410 yen. Churritos strawberry: 500 yen. Churritos chocolate: 480 yen.

.

Kakak atau adik Nickhun pun ada jugak pada masa yang sama datang sini tapi Wawa tak kenal walaupun lalu sebelah. Maaf kalau keluarga artis memang tak ambil tau siapa. Kalau Nickhun memang Wawa akan kejar ahahaha. Terima kasih kat kawan jepun yang tolong inform pasal kewujudan sibling Nickhun kat sini.

.

Wawa tengok tau Attack on Titans yang live action
Tak tau apa nama tapi cantik
Bangunan yang cantik
Menunggu kemunculan orang berbaju pink dan gantung popcorn minions di atas tu…

.

Kat tempat kerja Wawa pun ada soranv sebijik macam Shrek. Serius!
Okay posing dah sama

.

Hari dah makin gelap jadi masa untuk balik. Tak nak balik! Tapi sebelum balik kepada siapa yang membeli barang lagi-lagi kuantiti yang banyak korang boleh mintak tax refund yang berada berdekatan dengan pintu keluar. Jumlah untuk tax refund mesti melebihi 5,000 yen ke atas. Boleh combine resit tapi untuk barang yang sama sahaja macam Harry Potter sahaja barang dan Despicable Me tu masuk barang lain. Sila buat sebelum pukul 4pm untuk mengelakkan beratur panjang dan masa menunggu lama. Nak refund kena ada passport, resit dan juga barang-barang untuk tunjuk kepada dorang.

.

Sumber: www.usj.co.jp
Jumlah mintak tax refund dapat balik 3,288 yen cash! Abaikan resit terakhir tu churritos punya ahaha tak termasuk.

.

Pintu keluar USJ. Tax refund berada disebelah kiri
Pintu gerbang USJ

.

HARD ROCK CAFE 

.

Wawa bukan lah peminat Hard Rock Cafe tapi berhenti sekejap sebab salah sorang dari kami ni nak terjah masuk. Hard Rock Cafe ni terletak di luar USJ di Universal City Walk Osaka.

.

Hard Rock Cafe
Kedai jualan barang Hard Rock Cafe
Cenderahati
T-shirt Hard Rock Cafe
Teddy Bear yang comel

.

MUZIUM TAKOYAKI 

.

Bila cakap pasal muzium Wawa ingatkan muzium simpanan semua Takoyaki rupanya kedai makan Takoyaki. Di sini korang boelh makan pelbagai jenis Takoyaki.

.

Osaka Takoyaki Museum
Yang ada macam-macam perisa
Kalau nak merasa original tanpa perisa lain tapi sedap!

.

Di dalam bangunan yang sama terdapat jugak kedai manga!

.

Nampak aje Naruto terus nak masuk
Masa ni cerita Naruto dah tamat. Kisah Boruto anak Naruto pulak yang sambung
Di dalam kedai manga

.
Bawah ni video sepanjang perjalanan kami di USJ
.

.
Setakat ni perkongsian hari ni. Fuhh lama nak menulis karangan panjang ni. Kalau korang pergi Osaka, sangat rekemen pergi sini Universal Studios Japan! Tempat lain pun nak tau jugak selain USJ ni? Jadi korang dah boleh bajet berapa nak keluar duit? Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *