FOOD

[JALAN2 CARI MAKAN] B-STATION RESTORAN MAKANAN KOREA DI AMPANG

Minggu lepas selepas tengok David Beckham datang ke Pavilion kiteorang pergi lah nak merasa makanan korea kat Ampang. Nama restoran tu B-Station. Ramai bagi feedback makanan kat sini sedap, jadi kiteorang pun terjah kat tempat ni.

.

Daripada Pavilion naik Green Line turun depan KLCC (dah memang last stesen) dan lintas jalan nak naik bas no. 300 untuk ke Ampang Point. Dari Ampang Point lintas jalan ikut jejantas untuk seberang korang akan nampak restoran Ali Baba’s Kebab Iranian. Korang kena masuk kat lorong bersebelahan dengan restoran ni. Nak lebih paham tengok peta kat bawah ni:

.

.

Dah masuk lorong tu korang akan nampak deretan kedai – kedai korea kat sini. B-Station terletak satu deret dengan kedai bawah ni:

.

.

Dah sampai! Ni lah kedai B-Station!

.

.

Interior kat dalam memang serius cantik. Yang suka ambik gambar cantik-cantik dan juga sukakan suasana mata sedap memandang boleh lah datang kat sini.

.

.

Bukan sahaja makanan korea saje ada tapi juga makanan western pun ada tapi kiteorang datang ni nak makanan korea je hehe. Harga adalah standard, boleh lah sebulan sekali nak merasa. Kalau diri rasa kaya boleh lah makan hari-hari hehe.

.

Makanan kat sini serius sedap! Terutama Selungtang Noodle tu 1st time cuba. Nampak macam tak sedap tapi sekali cuba Yum Yum. Jangan pandang rupa saje. Kami order lain-lain menu pakat-pakat merasa. Cheq punya Korean Chicken Rice. Biasa-biasa aje tapi sedap. Masa ni dah lapar memang cari nasi je lah.

.

Strong Denjang Soup pun 1st time juga merasa, ada sayur kubis dan juga nasi yang mengenyangkan lagi perut. Spicy Seafood Noodle dan Spicy Beef Soup tak adalah rasa pedas. Sesuai lah untuk orang yang tak makan pedas macam cheq hehe kang makan pedas-pedas perut meragam memanggil-manggil ‘Pil Chi-Kit Teck Aun’ untuk ditelan. Untuk yang suka pedas, makanan ni tak sesuai untuk korang nanti tak syok tak rasa pedas.

.

Makanan korea ni tak sah kalau tak ada banchan jadi dorang ada bagi 7 banchan (side dish) jadi 14 dishes dorang letak untuk 5 orang makan dan juga pumpkin soup setiap seorang. Sup ni boleh tahan sedap tapi cheq lebih gemar lagi mushroom soup 😁. Cheq bukan penggemar pumpkin soup tapi tetap habiskan 2 mangkuk 🙈.

.

Menu air kiteorang order:

Coklat Ais – RM9.80

Jujubee Tea – RM9.50

Citrus Tea – RM9.50 (FEVERET)

.

.

Muka sebelum makan dan selepas makan terserlah sangat 😂😂😂.

.

Alamat: B-Station, C14-1 JALAN AMPANG UTAMA 1/1, TAMAN AMPANG UTAMA, 68000 SELANGOR.

Masa Beroperasi:-

Selasa – Ahad: 12:00 ~ 22:00

Isnin: CUTI

No tel: 0342510455

.

Dekat kawasan ni juga ada pasaraya yang menjual barang-barang runcit korea juga. Jadi korang nak beli Banana Uyu ke Ramyeon ke semua ada kat sini tapi! Korang kena berjaga-jaga ada makanan yang tak halal yang mengandungi alkohol salah satu Gochujang Hot Pepper Paste. Nak beli baca dulu kandungannya. Dah tentu semua dalam hangul 😁.

.

.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca 😊.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *