INFO: TRAVEL PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

[INFO KOREA SELATAN] PROSES KENA BLACKLIST DI KOREA SELATAN (INCHEON AIRPORT IMMIGRATION)

Annyeong~ Untuk post kali ni nak cerita pasal immigration pulak. Sekarang ni memang tengah panas kat Korea Selatan sana. Pada bulan Oktober 2018 immigration dah keluarkan notis untuk foreigners (orang asing) yang dah tinggal lebih dari masa yang ditetapkan (3 bulan untuk Malaysia).

.

Walaupun korang ada ARC (Alien Registration Card) dimana korang boleh stay sampai 6 bulan dan boleh renew selama 2 tahun jika kena masa bekerja illegal pun kena tangkap sebab korang dah salah guna ARC. Kalau korang ada permit kerja korang selamat. Permit kerja valid selama setahun sahaja yang mengambil masa 2~4 minggu untuk proses dokumen. Boleh download dokumen di website immigration.

.

Kalau pakai tourist visa bekerja? Situasi pun sama jugak sebab dah salah guna. Nak masuk kena apply working visa bukan tourist visa. Kalau masih tourist visa masa dah di Korea Selatan korang masih lagi boleh apply working visa dan employer tu yang kena buat. Selagi tak selesai working visa selagi tu tak boleh kerja. Jika kerja jugak korang kena berani tanggung risiko la.

.

Okay berbalik pada proses blacklist untuk orang yang dah overstay. Ada 2 jenis 68-(1) dan 46-(1) yang akan dicop kat passport.

  • 68-(1) – (Order of Departure) Maknanya korang dah overstay dan sedia menyerah diri kat immigration sebelum pulang ke tanah air.
  • 46-(1) – (Order of Deportation) Maknanya korang dah overstay lepas tu kena tangkap dengan immigration. Kalau rajin baca pasal undang-undang boleh rujuk link ni. (English version)

.

Proses nak serah diri kat immigration office. Di mana office? Berdekatan kaunter H level 3 departure korang akan nampak pintu kecil.

.

.

Masuk pintu ni masuk bilik sebelah kanan. Jangan salah masuk bilik pulak. Tengok ada ramai orang tu dan nampak kaunter betul dah tu masuk.

.

Tapi sebelum masuk korang boleh check in bagasi dulu atau nak selesaikan hal immigration dulu pun boleh. Korang kena datang awal untuk selesaikan dokumen tau. Nak beratur lagi check in bagasi kalau ada la. Kalau tak ada check in bagasi boleh selesaikan terus kat immigration.

.

Proses-proses yang korang kena lakukan:

  • Isi borang STATEMENT yang ada kat tepi kaunter. Kena isi penuh terutama bahagian nama company dan juga contact number company kalau tak isi dorang tak nak proses.
  • Ambil nombor giliran tepi kaunter. Kalau terlepas nombor korang kena ambil balik.
  • Sebelum nombor dipanggil korang kena sediakan 4 benda dorang akan mintak. (i) Passport (ii) Nombor giliran (iii) Tiket flight – jika belum print boleh tunjuk dalam bentuk elektronik atau gambar dalam handphone atau [PDF] (iv) Borang Statement.
  • Tunggu dia key in semua data dan akan bagi 1 dokumen mengatakan korang menggunakan passport sendiri dan tak salah guna passport orang lain dan bla bla.(Dokumen dalam english dan hangul) Sign. Diberi nombor untuk tangkap gambar dan scan jari.
  • Korang akan disuruh masuk 1 bilik untuk diambil gambar dan scan biometrik 10 jari. (Kalau ada peneman tak boleh masuk)
  • Pergi balik kaunter tadi. Dia akan bagi lagi 2 dokumen untuk disign 3 tempat dia tick. Passport dicop.
  • Selesai dia akan bagi 1 dokumen (Departure Order) yang korang kena bawak. Jangan hilangkan. Dokumen ni korang kena bagi kat kaunter immigration. Kaunter mana satu? 1st stage masuk nak departure tu dorang akan scan passport lepas tu 2nd stage akan scan beg hand carry dan body check. 3rd stage tu yang paling akhir tu baru bagi kat officer tu. Kalau tak korang tak boleh lepas.

.

Nak tahu berapa lama kena ban korang tanya kat immigration tu sebelum beredar. Dorang ni tak tahu english jadi kena la bercakap bahasa korea. Masa kat dalam immigration office korang boleh la bawak teman yang boleh cakap korea kalau nak tanya lebih lanjut lagi atau secara terperinci. Owh ya kalau alamat tu kena tulis dalam hangul (tulisan korea) kalau english dorang tak paham. Minta kawan tuliskan atau suruh jer officer tu tuliskan kalau ada kad nama.

.

Proses ni pun makan masa 30 minit jugak depend berapa ramai orang dalam barisan. Kalau ramai jadi kena la tunggu lama. Mungkin nak hujung-hujung tu lagi ramai dan ambil masa agak lama maka korang kena la datang seawal yang mungkin. Dorang tak ada mintak duit denda. Dulu ada dan mungkin lepas bulan 3 ni ada balik. Mungkin ya.

.

Sekian saje sharing info bagi menambah ilmu korang untuk orang dah overstay dan juga yang akan overstay.

.

Updated 20 March 2019: Kod 68-(1) di blacklist selama setahun. Memandangkan ramai yang tanya.

.

Updated 25 April 2019:

Situasi 1: Overstay 3 hari korang tak kena ban tapi akan lalui proses yang sama macam atas kecuali tak dicop ban kat passport. Lepas tu orang ni masuk balik melalui Gimhae Airport (Busan) tapi dia kena masuk bilik untuk disoal. Nasib baik dia lepas sebab dia dah prepare itinerary dan siap beli tiket ke tokyo untuk kukuhkan bukti dia datang untuk melancong. Sebelum dia pergi, dia ade call immigration Korea tapi dorang cakap kena datang sana dulu baru tahu lepas atau tak. Ikut budi bicara immigration sana.

Info untuk korang:

  • Embassy Korea kat Malaysia ni tak boleh check berapa lama korang kena ban. Setakat ni yang saya tahu, korang kena call immigration korea direct sana untuk tahu.

Updated 19 June 2019:

Ade yang kena blacklist 3 tahun (2 tahun overstay) untuk 68-(1). Jadi sebelum pergi sana balik call immigration korea untuk kepastian.

Updated 31 Ogos 2019:

Memandangkan ramai pulak yang dm/pm kat social media saya. Bawah nie setakat yang saya tahu dan memang direct tanya dengan imigresen masa proses dokumen.

– ada yang kena tangkap dan kena cop 46-(1) tapi kat imigresen cakap dia kena ban setahun sahaja untuk kurang dari 3 bulan overstay. Yang lebih bertahun-tahun overstay saya tak tahu.

-ada yang kena cop 68-(1) dan kena ban selama 3 tahun. Dia ni dah overstay setahun lebih. Ada yang kurang setahun overstay kena ban setahun sahaja. Yang lain saya tak tahu.

– yang kat atas ni semua sebelum 31 March 2019 dorang balik ke negara asal. Tak ada kena kompaun. Selepas tu tak tahu la kena kompaun atau tak.

– korang kena contact imigresen sana untuk kepastian. Walaupun korang dah lepasi tempoh ban pun belum tentu lepas imigresen sebab ramai sangat kerja illegal. Kalau tak bernasib baik korang kena hantar balik. Cara pemakaian pun boleh salah satu 1st impression dorang tengok. Kalau pakai pun macam orang nak kerja kebun dah tentu tak lepas. Ikut budi bicara imigresen sana. So good luck!

Thanks yang dm/pm sharing korang punya pengalaman so saya boleh share kat sini.

Updated 26 December 2019:

– Ada yang di ban telah selamat lepas immigresen baru2 ni. Dia ni yang cop 46-(1) yang kena tangkap dengan immigresen. Selepas setahun ban dia masuk balik. Masuk melalui airport gimhae.

– Ada juga yang kena cop ban 68-(1) yang di ban selama setahun dapat masuk balik tapi dia turun ikut daegu naik busan air. Immigresen tanya nak pergi mana? Kenapa datang? Berapa duit bawak? Kad kredit? Booking hotel dan tiket balik ada tak?

– Jadi kalau korang nak masuk Korea kena la prepare diri dan dokumen2 yang sepatutnya supaya tak ada masalah kena hantar balik Malaysia. Korang kena jawab dengan yakin tau!

*Maaf gambar borang2 tak dapat nak pulihkan

UPDATED 11 JANUARI 2020

  • Dah tak boleh lapor diri kat imigresen di airport, korang kena lapor diri di mana-mana office imigresen (bukan di airport) untuk immigresen check ada rekod jenayah atau tak ada sebelum korang balik ke negara asal (sebab ada kes).
  • Lapor diri 3 – 15 hari sebelum tarikh tiket flight, serah borang semasa lapor diri. Sarankan korang pergi lebih awal.
  • Contoh: Tarikh departure korang 30 Oktober 2019, korang kena lapor diri diantara 15 Oktober 2019 hingga 25 Oktober 2019.
  • Borang boleh download di website imigresen korea 》》 Korea Immigration Service 《《
  • Pilih bahasa yang korang boleh paham.
  • Berkuatkuasa dari 14 Oktober 2019
  • Imigresen Korea tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
  • Dokumen kena ada semasa lapor diri: (1) Passport, (2) Tiket Flight & (3) Borang Statement Voluntary Departure

Contoh borang Statement Voluntary Departure

Leave a Reply