PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN

[GUESTHOUSE REVIEW] KORSTAY HOTEL – MOKDONG

Assalamualaikum. Hampir 3 bulan dah tak update blog ni. Memandangkan ramai yang request buat review guesthouse yang pernah wa tinggal. Sebenarnya banyak sebab wa lebih suka bertukar-tukar guesthouse setiap trip ke Korea. Tengok pada promosi Booking.com masa tu lar hehe. Mana yang belum daftar tu boleh lar ringankan jari daftar. Kalau rajin book kat website tu sampai lar korang boleh dilabel ‘genius’ maksud situ korang frequent traveler. Ada kebaikannya korang boleh request check in awal 2jam dan juga diskaun.

Okay wa mulakan hotel yang baru-baru ni book. Nanti guesthouse lain tu akan update satu persatu ye bila ada masa terluang. Maaf lar ye baru sekarang nak update walaupun korang dah mintak lama dah. Gambar-gambar guesthouse lain tu nak korek balik dalam pc kat rumah tu ambik masa hahaha.

Masa tak kerja lar baru dapat turun ke Seoul nak pergi tengok Cherry Blossom. Jadi kali ni wa book Korstay Hotel. Sebelum hotel ni ade 2 guesthouse lain tapi disebabkan ada masalah yang dihadapi masa tu nanti lar wa cerita next post.

Book hotel ni memang last minit plan. Malam ni nak tidur tapi pagi tu baru book. Lepas tu esoknya book masa petang disebabkan staf hotel tu bagus jadi tinggal lar situ sehari lagi. Haha. Padahal esoknya hari selasa nak pergi THE SHOW.

Gambar-gambar dalam hotel tu boleh tengok kat website Korstay Hotel. Maaf wa terlupa nak snap gambar hotel cuma snap sarapan pagi jer hahaha kalau siapa kenal wa memang perangai macam tu. Walaupun book last-last minit nasib staf kat situ dah settlekan terus bagi kunci bilik. Check in pukul 3pm-12am. Kalau korang lambat sampai korang kena bagitau kat staf situ melalui Booking.com punya request masa korang book tu.

Cuma nak ke hotel ni korang kaki kena kuat nak berjalan jauh dari Mokdong Station exit 2. Jangan risau dorang bagi peta ke sana memang tak kan buat korang sesat. Staf kat situ akan emel gambar peta kat korang. Siap ada bagi alamat dan nombor telefon. Boleh tunjuk kat pemandu teksi kalau yang datang naik teksi.

Walaupun jauh sikit dari Mokdong Station. Kawasan situ banyak kedai korang boleh pergi Mcdonald, Lotteria, Olive Young, market, CU dan juga banyak lagi.

Masa korang sampai jer kat hotel tu terus naik ke tingkat 2 jangan turun bawah pulak. Bawah tu bukan hotel tapi kelab atau pusat karaoke tu tak pasti.

Tak payah nak risau staf kat situ boleh cakap english dan juga peramah siap bagitau kalau lepas pukul 12 tengah malam dorang akan kunci pintu. Password pintu dorang akan tunjuk. Pengering rambut pun ada tapi dorang letak kat depan information kaunter. Tiada caj dikenakan.

Sarapan pagi pukul 8am-10am. Banyak juga pilihan nak makan. Ada roti, jem strawberi, cornflakes, susu, 2jenis air jus, kopi dan juga teh. Air boleh panaskan sendiri kalau nak buat teh uncang. Kopi memang dah siap dipanaskan. Wa tak minum kopi jadi pandai-pandai layan diri masak air panas lepas tu letak uncang teh hijau. Mikrowave pun ada korang boleh panaskan makanan kot ada yang bawak sambal ikan bilis ker nasi yang beli kat GS25 pun boleh tapi dorang ada letak notis makanan seperti telur tu tak boleh lar masuk dalam tu. Agak-agak lar kan. Mau pecah dalam tu dah susah mau cuci. Pembakar roti pun ada. Lepas selesai makan korang punya mangkuk atau pinggan kena letak tempat disediakan. Tak payah nak basuh. Cawan kertas dan juga sampah lain buang dalam tong sampah disediakan mengikut kategori ye. Kitar semula.

Bilik kemas dan bersih memang tak ada nak komplen. Bilik besar dan bilik mandi kat dalam pun besar dan tak sempit. Ada tv, ubat gigi, berus gigi, tuala, sabun buku, sabun badan jenis liquid dan shampu liquid. Air botol dalam peti ais pun ada bagi. Tapi wifi tak stabil. Kalau tengok video memang tersekat-sekat. Kadang-kadang ok.

Masa nak check out pukul 11am tu boleh tinggalkan kunci dalam bakul disediakan kalau staf kat situ busy housekeeping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *