PAST CONTENTS RECREATED REVIEW PENGINAPAN

GUESTHOUSE BERDEKATAN DENGAN SEOUL STATION: AROHA GUESTHOUSE

Annyeong!

Ni salah satu guesthouse yang pernah Wawa menginap sebelum balik ke Malaysia pada December 2017 masa musim sejuk. Kalau sesiapa yang nak menginap berdekatan dengan Seoul Station, guesthouse ni untuk korang cuba terutama bagi yang datang ke Korea Selatan sampai waktu tengah malam dan tak nak tidur kat airport tu boleh la book guesthouse disini.

.

Baca: BAS TENGAH MALAM DI INCHEON AIRPORT

.

Pernah sebelum ni ada post pasal satu guesthouse berdekatan dengan Seoul Station (24 Guesthouse) tapi tak rekemen sangat untuk ambil penginapan tu. Bagi saya, guesthouse ni lagi bagus daripada yang tu. Kalau nak baca pun boleh juga sebagai pengetahuan.

.

Baca: 24 GUESTHOUSE – SEOUL STATION

.

Masa tengok peta ingatkan keluar exit 12 kena buat pusingan U nak ke guesthouse sebab kat situ tunjuk jalan separuh je dan pikir tak ada laluan pintas. Rupa-rupanya ada laluan kecik mendaki bukit lalu sebelah taman rekreasi. Naik atas sambil tarik bagasi nasib kecik je kamu ni. Kalau bagasi besar jenuh berpeluh gak daki bukit. Nasib baik tak tinggi mana pun.

.

Tercari-cari juga la sebab tak nampak dengan muka blur ahjussi yang lepak kat situ tegur tanya nak pergi mana. Elok pula dia tanya ternampak dah papan iklan guesthouse ni tepi jalan tapi tak nampak rupa guesthouse. Ahjussi tu pergi masuk lorong kecik betul-betul kat papan iklan ni hujung dalam memanggil kami dia dah jumpa guesthouse ni. Alhamdulillah ada juga orang tolong.

.

Kredit: Aroha Guesthouse

.

Seperti korang tengok kat gambar atas ni, dorang ada 6 jenis bilik boleh pilih dorm, family room, triple room, double room, twin room dan single room. Kami bertiga jadi pilih triple room dan bayaran 129,600 won untuk 15~17 december 2017.

.

Kredit: Aroha Guesthouse

.

Sarapan pagi memang dah termasuk sekali. Pukul 8~10 pagi kalau tak silap waktunya. Makanan memang sedap la. Ada bijirin, roti, jem strawberi & kacang, susu, jus oren, telur ‘kalau nak masak’kopi, teh hijau, pembakar roti ada tau dan pisang. Memandangkan saya ni pengemar bijirin tak sah tak ambil 2 kali tambah hehe. Macam gambar bawah 1st makan dan kali ke 2.

.

.

KELEBIHAN

  • Berdekatan dengan Seoul Station
  • Ada 24 jam kedai serbaneka 7 Eleven
  • Dekorasi bilik cantik dan bersih
  • Staf fasih berbahasa inggeris dan layanan yang mesra
  • Ada taman rekreasi. Jadi boleh bersenam. (Kalau rajin la, ala naik turun tangga subway pun dah bersenam haha)
  • Penginapan termasuk SARAPAN PAGI PERCUMA
  • Tempat penyimpanan beg (jika korang sampai sebelum check in boleh letak beg dulu dan jalan-jalan) Tak payah buang duit simpan kat loker subway
  • Ada tilam pemanas, pengering rambut. Peti ais tak ada dalam bilik ok.
  • Wifi. Mesti la kena ada.
  • Ada pemanas di ruang makan (sebab pergi musim sejuk kan)

.

KEKURANGAN

  • Perlu mendaki bukit nak ke guesthouse (ala sekali sekala tolak bagasi naik bukit hehe) Jika bagasi korang besar bertabah la ye.
  • Tak ada lif (Jangan risau oppa tolong angkatkan bagasi korang)
  • Shared bathroom. Kenapa letak dalam kekurangan? Sebabnya saya ni pakai tudung jadi tak selesa la kalau nak pergi mandi kena keluar bilik walaupun berdepan dengan bilik. It’s depend pada keselesaan korang. Tapi bilik mandi bersih. Kena tunggu giliran kalau ada orang. Jadi sila la cari yang private bathroom untuk keselesaan anda diutamakan.

.

AROHA GUESTHOUSE

  • Lokasi: 35-8, Huam-ro 57-gil, Yongsan-gu, 04324 Seoul, South Korea
  • Seoul Station exit 12 (naik lif)
  • Check in 3pm ~ 11pm / Check out 11am
  • Booking.com


.
Terima kasih kerana sudi membaca 

Leave a Reply