LIFESTYLE PAST CONTENTS RECREATED

[FANCAM] GUNA KAMERA APA?

Kamera apa Wawa pakai? Kamera apa hang pakai? Akak rekod pakai apa? Ramai yang tanya jenis kamera Wawa pakai. Haa meh nak kasi tau:

1) Kamera + handphone (SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM)

– Kamera pertama Wawa guna untuk fancam semua sampai bawa ke Korea. Memang dari dulu idam nak handphone + kamera. Tapi sekarang dah arwah disebabkan lensa rosak dan android pun jadi gila. Yep dah lama pakai 3 tahun sudah.

Contoh fancam + gambar diambil:

Kamera hadapan selfie video. Ye hahaha video main taram rekod tak ada hala tuju sebab tak nampak apa yang direkod tapi menjadi kekeke.

2) Kamera (CANON EOS 350D)

– Hanya boleh ambil gambar sahaja. Video tak boleh.

3) Kamera + Video (NIKON D5300)

– ambil gambar sangat cantik tapi kalau ambil video tak boleh tahan lama (mesti lah kan nama pun DSLR) dan semestinya berat nak bawa. Pernah sekali pakai je.

4) Kamera + Handphone (ASUS ZENFONE ZOOM)

– sekarang pakai handphone ni. Gambar serius cantik sebab dia pakai lensa kamera Hoya

Maaf awal video suara tak dengar sebab tertutup mic.

5) Kamera + Video (CANON SX720HS)

– yang ni pakai sampai sekarang. Ringan dan boleh zoom jauh. Gambar dan video sangat cantik.

6) Kamera + Video (CASIO EXILIM ZR5000)

– video dan kamera diambil boleh tahan cantik lagi ditambah beauty plus bak hang flawless gitu tak kira video selfie atau ambil gambar. Maaf tak ada contoh gambar kamera ni sebab ni pinjam company punya saja nak testing-testing.

View this post on Instagram

#wawanasirjejakjepun #wawanasirtraveldiary

A post shared by Wawa Nasir (@wawa_nasir) on

Buat masa ni yang ni je lah yang pernah guna. Wawa ni gila kamera ikut jejak bapak hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *