INFO: TRAVEL PAST CONTENTS RECREATED TRAVEL: KOREA SELATAN

CARA HANTAR DUIT DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA (WIRE TRANSFER & WESTERN UNION)

Ada 2 cara korang boleh hantar duit dari Korea Selatan ke Malaysia:

  1. Western Union
  2. Wire Transfer

.

WESTERN UNION

.

Ni contoh pernah saya hantar duit melalui KB Kookmin Bank menggunakan Western Union. Pergi kat kaunter pertanyaan kalau tak ada orang terus tanya mana-mana kaunter minta borang Western Union. Detail dorang nak:

  • Nama penghantar (Nama korang)
  • Nombor passport korang (Bawa passport tau untuk dorang fotostat – daftar)
  • Alamat tempat tinggal kat Korea Selatan (untuk daftar)
  • Nama penerima (Mengikut IC)
  • Alamat penerima (Cuma letak bandar dan negara)

.

Kalau belum ada akaun Western Union pihak bank akan tolong daftarkan untuk korang dan memerlukan masa dalam 30 minit pendaftaran. Dah ada, tak perlu tunggu lama. Duit nak hantar tu kena tulis dalam USD. Caj berlainan mengikut jumlah duit dihantar. Siap! Bagi kat penerima nombor MTCN untuk dia pergi ambil duit kat mana-mana cawangan Western Union. Pastikan penerima bawa IC untuk dorang check. Duit sampai kat Malaysia kejap jer. Masa tu bank in pagi, petang tu kakak pergi check dah dapat.

.

Boleh hantar duit kat mana-mana bank yang ada Western Union atau pergi pejabat pos pun boleh.

.

Masa pergi hantar duit melalui Western Union, staf bank lancar berbahasa inggeris. Ada yang pergi bank lain, dorang ada yang tak pandai cakap inggeris tapi dorang paham. Macam kita cakap inggeris, dia balas Korea gituu.

.

WIRE TRANSFER

.

Kalau nak wire transfer korang MESTI kena ada bank korea. Kalau tak ada, nak buka kena ada ID Korea atau permit kerja di Korea. Cuma ada satu bank (Suhyup Bank – Ansan) yang boleh buka akaun terima passport dan IC Malaysia yang tak perlu guna ID atau permit kerja. Kalau malas buka akaun bank, minta kawan yang ada akaun. Detail yang perlu ada untuk hantar duit:

  • Nama penuh
  • Nama Bank
  • Nombor akaun
  • SWIFT CODE (sila google untuk cari) cth: CIBBMYKL untuk CIMB KL
  • Alamat
  • Nombor telefon

.

Detail semua tu MESTI BETUL walaupun tersilap nama sikit kena cepat-cepat bagitau bank untuk tukar jadi sebelum isi dan hantar pastikan detail semua betul. Bila dah pihak bank uruskan dia akan print dokumen korang kena check betul-betul untuk pastikan pihak bank tak key in salah. Contoh gambar bawah, tersalah eja nama:

.

.

Korang kena call bank ataupun pergi balik bank bagitau ada kesalahan. Nanti pihak bank tukarkan. Benda ni penting supaya korang tak kena lagi caj jika sampai dekat Malaysia detail tak tepat, pihak bank kat Malaysia akan hantar balik kat Korea. Dah kena caj lagi. Caj berlainan mengikut jumlah duit dihantar. Hari ni bank in, esok dah dapat jika tak ada masalah (Hari bekerja, tak termasuk cuti umum dan Sabtu Ahad).