ATOMY REVIEW

ATOMY VS AMWAY: YANG MANA LAGI BAGUS?

Kalau mana yang dah kenal wawa memang yang suka Korea tak kisah dari segi lagu KPOP, drama Korea dan sampai sekarang masih aktif join program-program dianjurkan oleh Korea. Program yang aktif sekarang adalah Online Supporter dari Korea Embassy di Malaysia, KFoodie dari MalaysiaAT & KFish dan terbaru ialah KFriends dari Korea Tourism Organization. Ada yang dah menjadi satu kerjaya wawa dalam bidang ni salah satunya Korean Newspaper (Koreanpress.net). Pernah bekerja dengan orang Korea jadi budaya dan cara kerja dorang pun dah tahu macam mana.

Macam mana wawa tahu pasal Atomy ni? Dapat tahu dari Abah sendiri yang memperkenalkan kat wawa. Mentang-mentang dia tahu wawa ni suka Korea hahaha. Sebelum join tu of course la buat research dulu sebelum masuk. Pertama sekali memang tengok produk-produk Atomy yang wawa buat keputusan untuk join Atomy ni. Produk-produk yang Atomy ada banyak kegunaan untuk keperluan harian kita dan bukan tu saja produk ni pun berkualiti.

Baca: https://wawanasir.com/apa-itu-atomy/

Amway? Tak dinafikan family wawa ni pengguna tegar Amway dah hampir 30 tahun tau! Sejak kecil lagi wawa dah guna produk Amway sebab abah wawa ni suka makan supplement sebab sampai sekarang dah umur 62 tahun pun masih kuat lagi keluar sana sini tak boleh duduk diam kat rumah hahaha. Lepas tu arwah mak pun join Amway dan sejak tu pembelian semua atas nama mak. Kat rumah ni hampir semua barang-barang Amway kegunaan harian kami. Gambar bawah ni baru sikit jer ni, ada water filter lagi, box yang ape tu panggil yang biasa orang letak ais tu dan banyak lagi. (Updated: Sebenarnye akaun abah dengan arwah mak gabung lepas wawa check 😂 beria abah cakap guna akaun mak)

Kami ni membeli jer jadi pengguna tapi tak buat bisnes pun dengan Amway sebab tu wawa paham sangat ada yang nak join Atomy ni semata-mata nak membeli jer dan tak nak buat bisnes. Lepas tu nanti bila tengok points value tu dah banyak barulah rasa ruginya tak join bisnes dari awal-awal? Macam situasi family wawa dengan Amway ni sebab baru sekarang Abah wawa masukkan ke group Amway ye. Setakat ni Amway bagus ada buat zoom meeting macam wawa ada join meeting dorang semalam dari pukul 2-6pm wehh tapi ada short break la korang nak pergi tandas, solat dan minum. Lepas tu ada lagi meeting malam tu tapi wawa tak join la. Penat mata nak menghadap PC jer weh.

Masa wawa join semalam meeting tu dorang ada buat demo cara penggunaan dan perkenalkan produk kecantikan which is bagus menambah ilmu sebab kalau kita beli produk kecantikan dorang tapi tak tahu guna atau salah guna tak menjadi juga kan? Cara penyampaian sepanjang meeting tu pun menarik bagi wawa sebab tak bosan. Orangnya happy go lucky gitu. Tapi sayangla zoom meeting dorang ni takat boleh masuk 100 orang jer. Wawa lambat masuk jadi dah penuh, nasib baik upline yang tolong masukkan dan diberitahu ada lagi 100 orang nak masuk tak boleh.

Atomy pulak? Atomy pun ada buat zoom meeting juga seminggu 2 kali iaitu pada hari Rabu untuk Business Preview dan juga Sabtu untuk Kelas Teknikal dari DTA. Selain tu ada jugak Dear Doctor dimana dorang kongsi kelebihan produk. Selalu nak masuk mesti penuh kat zoom tapi dorang ada alternative lain untuk buat live juga di dalam fb group jadi semua ahli dapat tengok dan belajar bersama-sama. Kalau wawa join mesti tak dapat join sampai habis sebab banyak sangat input yang dishare ada kelas sampai pukul 3 pagi wehh dan paling lama wawa boleh stay masa tu sampai pukul 1 pagi jer. Tu memang gigih nak dengar sampai habis pembentangan dan lepas tu sesi soal jawab tu la yang lama tak tahan mengantuk hahaha. Cara penyampaian DTA mudah paham dan tak bosan.

Baca: https://wawanasir.com/atomy-apa-nak-buat-apabila-dah-join-sebagai-ahli-atomy/

Cara bisnes Atomy dibawah DTA ni berlainan dengan cara bisnes lain. Teamwork yang membezakan dorang ni. Nak cerita kat sini susah, bila dah tengok nanti baru paham dan sebab apa dorang ada tulis 313 hehe. Mana boleh cerita sini.

Selain tu dorang ada group telegram di mana korang boleh tanya dengan doktor kat dalam tu mengenai produk skincare dan juga healthcare. Ramai yg membantu jangan risau. Wa paling suka la guna telegram berbanding Whatsapp kalau untuk group bisnes sebab telegram ni mudah guna dan tak terlepas info-info dishare.

Akhir sekali pilihan wawa?

Wawa akan tetap guna 2 brand produk ni sebab Amway ada banyak supplement yang Atomy tak ada. Abah wawa suka supplement. Atomy ni boleh buat bisnes (teamwork berjemaah naik sama2) sambil jadi pengguna yang boleh buat income.

Tapi memang akan ada soalan orang akan tanya “Ape la beli produk ni, Sokong la produk bumiputera”.. Ok.. cuba tengok sekarang pakai handphone dari mana? Majority produk dari China kan? Adakah anda guna 100% produk bumiputera? Tanya diri sendiri.

p/s: Sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang dengan KLCC pun ada bantuan dari Korea.

Ok tambahan sini sebab ada orang masih blur lagi atau tak cukup jelas. Wawa join Atomy dibawah group DTA dimana DTA ni adalah salah seorang orang muslim yang ingin menolong ramai B40 untuk menjana income. Beliau juga berusaha untuk dapatkan sijil Patuh Syariah dimana ramai yang masih samar-samar lagi mengenai status Atomy. Ada tak bisnes lain yang ada sijil patuh syariah? Korang buka undang-undang patuh syariah dan bandingkan. Adakah Atomy tak cukup syarat patuh syariah?

Sekian

UPDATED 16 DECEMBER 2020

  • Baru teringat masa daftar Amway kena bayar RM90 manakala Atomy daftar PERCUMA sahaja
  • Atomy bukan sahaja produk dari Korea tapi juga ada dari Malaysia (sanitizer), Taiwan (koyok). Boleh tengok detail setiap produk. Ada sijil Halal untuk beberapa produk walaupun ubat gigi & berus gigi pun ada.
  • Sistem 313 DTA Atomy memudahkan buat income asalkan rajin. Bukan bisnes goyang kaki tau! Tapi ini yang paling mudah yang pernah wawa cuba dalam banyak-banyak bisnes lain.
  • Semua produk Atomy selamat digunakan. Boleh rujuk link ni dan cari Atomy: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html
  • Kena faham KOLMAR KOREA dan KOLMAR BNH adalah 2 syarikat berbeza. Ada produk Amway yang dikeluarkan oleh Kolmar Korea. Tetapi Produk Atomy dikeluarkan oleh Kolmar BNH. Tiada produk Amway yang dikeluarkan oleh Kolmar BNH. Kolmar BNH dimiliki oleh Kolmar Korea dan KAERI. Oleh itu Teknologi KAERI hanya ada di Kolmar BNH dan tidak di Kolmar Korea.

Leave a Reply