ATOMY REVIEW

ATOMY REVIEW: PEMBELIAN PERTAMA – VITAMIN C + DISH DETERGENT OLEH WAWA NASIR

Masih ingat lagi tak pembelian pertama wawa adalah Vitamin C dengan Dish Detergent? Permulaan nak membeli tu pening la jugak pikir nak beli apa. Kalau boleh nak beli semua hahaha tapi wawa bukan lah orang kaya tapi makan duit kwsp saja.. eh.. Jadi upline wawa ada la bagi rekemen nak beli mana untuk cukupkan 10K PV untuk aktifkan akaun. Dia pun tak paksa, tak nak beli pun tak apa sebab akaun akan automatik deactivate jika tak ada pembelian selama 6 bulan. Jadi tak rugi satu sen pun.

Tapi wawa tetap nak beli sebab wa percaya dengan kualiti barangan dari Korea. Eh! Tak semua barangan dari Korea tau. Masa pembelian kedua wawa baru dapat tau sebenarnya sanitizer tu adalah dari Malaysia. Nanti wawa cerita selanjutnya ye sanitizer tu, Melencong la pulak cerita.

Baca: ATOMY VS AMWAY: YANG MANA LAGI BAGUS?

First time beli pada 2 November 2020, masa tu banyak jugak la barang yang sold out. Ada yang boleh buat belian RM74 untuk cukupkan 10K PV, tapi habis stok. Jadi wawa buat research dan tengok barang apa kat rumah yang dah habis. Tengok feedback vitamin C ramai yang bagi positif dan kebetulan pulak sabun pinggan nak dekat habis. Jadi 2 benda ini lah wawa beli dahulu.

Pembelian pertama ini wawa order terus hantar ke rumah dan dicaj RM10. Eh kenapa kena caj? Jika pembelian dibawah RM290 akan caj postage RM10, kalau nak free shipping tu korang kena pilih hantar ke EC atau buat pembelian RM290 ke atas. Masa ini upline wawa daftar EC di Selayang tapi disebabkan PKPB jadi takut la wawa nak pergi sana. Lepas tu wawa google rupanya ada lagi dekat dengan rumah. Lagi dekat! Jadi wawa tukar ke EC Gombak. Dia tak akan tukar on the spot tau tapi kena tukar sebelum 1hb dan 15hb.

Untuk mengelakkan pembaziran, wawa sarankan masuk dalam pump bottle. 3 kali picit jer masuk dalam bekas axion ini

Dish Detergent ini dah pernah wawa post review kat facebook dan instagram dimana cuci bersih lah ubi keledek dan cili. Selain tu boleh cuci lampu kereta, rim tayar motor, mop lantai, buang hitam-hitam kat buntut periuk tu, cuci contengan di dinding dan banyak lagi tau sebenarnya. Kreatif betul otak orang Malaysia ini kalau bab-bab mencuci hehe. Jika nak tengok lagi ketara bersih, korang kena try cuci sayur brokoli. Permukaan tu kan diliputi dengan lilin dan cara pembasuhan yang betul tidak akan memudaratkan korang. Tips nak cuci guna sabun ini, korang TAK BOLEH cuci selepas sayur/buah dipotong. Jadi kena cuci dibahagian tak kena potongan atau sebelum dipotong untuk mengelakkan sabun tu meresap ke dalam sayur/ buah.

Review untuk Atomy Vitamin C pulak. Serius wawa suka! Kalau busy macam mana pun still boleh makan begitu saja dan mudah dibawa ke mana-mana. Wawa ini ada masalah kalau bangun pagi tu selalu bersin dan mula lah selesema jadi kita pun tak selesakan. Penat tau asyik bersin. Orang yang pernah alaminya akan tau seksanya bersin. Minggu pertama tak nampak lagi la kesan pengurangan selesema tu tapi jerawat wawa dah kecut pada hari ke-2! Eh hilang!

Seperti yang disarankan oleh Doktor Ct dalam group Skincare Atomy, dia cakap amalkan vitamin C atau Probiotis Plus untuk cuci dalaman kita terutama yang memakai skincare jenama lain yang ada bahan chemical. Selepas tu barulah boleh cuba produk skincare Atomy seperti Evening Care 4 Set. Nak beli pun kena ada ilmu dan nak pakai pun kena ada ilmu. Tak tahu kena lah bertanya bukan duduk diam supaya korang dapat selesaikan masalah kulit korang. Kalau tidak kulit akan breakout atau jadi lagi teruk.

Bagi wawa tak mahal pun vitamin C ni harga RM80. Ada 90 sachets sekotak jadi 1 sachet dalam harga RM0.89. Setiap hari makan satu boleh tahan 3 bulan tau. Melainkan kalau family pun makan sekali jadi cepat habis hehe kena lah beli dua tiga kotak hehe.

Nampak tak perbezaan? Kulit wawa yang sebelum ini nampak kusam dan ada hitam bawah mata. Ini wawa tak pakai skincare lagi tau sebab belum beli lagi masa ini. Selepas tu minggu ketiga, masalah pagi-pagi bersin pun dah hilang. Alhamdulillah. Tak terseksa dah nak bersin setiap bangun pagi. Lepas tu gatal-gatal kat hidung pun dah tak ada. Kalau tak.. Seksa hoiii!

Wawa bukan lah jenis orang yang suka makan sayur hahaha dah la memilih sayur! Sayur kangkung jugak lah yang paling sedap! Eh. Penyelesaiannya wa kena ambik jugak vitamin C. Atomy vitamin C ini jenis serbuk dan senang telan sebab tu wawa suka. Rasa dia masam manis. Kalau dapat budak-budak memang suka sangat ini. Nak bagi budak-budak makan kena ikut berapa sukatan disarankan tau. Bagi yang nak pertama kali beli boleh try vitamin C dulu. Selamat mencuba dan jangan lupa share kebaikan dekat kawan-kawan, jiran, family dan saudara mara.

2 thoughts on “ATOMY REVIEW: PEMBELIAN PERTAMA – VITAMIN C + DISH DETERGENT OLEH WAWA NASIR”

  1. Sama jugak… Nurul dah beli Vitamin C dan Dish Detergent jugak untuk pembelian kedua… dah jadi Atomy Lover dah…hihii

    1. lepas tu pembelian kedua bkn yg terakhir kan? hehe wawa pon xshare lagi pembelian kedua dan ketiga.. insyaallah ade masa lagi akan sharing.. nie planning nak beli lagi hahaha.. bestt

Leave a Reply